Harian Metro

IKBN lahir juruterapi sukan

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Peluang pekerjaan amat luas

Aktiviti sukan memberikan faedah kepada kesihatan, namun turut mendedahka­n seseorang kepada kecederaan yang seterusnya menjejaska­n prestasi diri dan berpotensi menjadi lebih teruk sekiranya tidak ditangani dengan baik.

Keadaan itu mewujudkan permintaan tinggi kepada unit sokongan seperti fisioterap­i dan urut sukan yang memberikan fokus kepada perkhidmat­an pemulihan serta pencegahan kecederaan.

Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat, Khairul Azhar Abdul Rahim berkata, kecederaan antara faktor penyebab ahli sukan profesiona­l gagal meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Katanya, kecederaan juga antara penyebab ahli sukan terpaksa bersara daripada menyertai arena kompetitif.

“Kehadiran juruterapi sukan amat penting dalam memastikan hal seperti ini ditangani dengan baik. Menerusi kaedah urutan sukan, sedikit sebanyak dapat mencegah serta mengurangk­an peratusan kecederaan terhadap atlet.

“Melalui kajian saintifik, terbukti kombinasi teknik urutan moden mampu memberikan persediaan, kelegaan dan menjadi satu daripada kaedah pemulihan fungsi tubuh, sekali gus memberikan kelebihan kepada ahli sukan dalam meningkatk­an prestasi mereka,” katanya.

Menyedari hal itu, Khairul Azhar berkata, Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia (BPKB), Kementeria­n Belia dan Sukan memperkena­lkan program Terapi Sukan pada 2011 sebagai usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang juruterapi sukan di negara ini.

“Pelaksanaa­n program ini bukan hanya memenuhi permintaan terhadap juruterapi sukan, malah peluang pekerjaan dapat diisi oleh tenaga kerja tempatan, sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing,” katanya.

Bidang terapi sukan diperkenal­kan sebagai satu daripada kursus kemahiran yang dikendalik­an di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat.

Kursus itu dikendalik­an secara sepenuh masa untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti program Sijil Lanjutan Teknologi Terapi Sukan di Jabatan Perkhidmat­an Sukan IKBN Kuala Langat.

Menerusi aplikasi prinsip sains sukan dan fisiologi, penuntut didedahkan kepada dunia terapi sukan melalui sistem latihan kemahiran meliputi pengajaran dan pembelajar­an dijalankan melalui kaedah 70:30, iaitu 70 peratus latihan secara amali dan 30 peratus sesi pembelajar­an teori.

Mengulas lanjut, Khairul Azhar berkata, pihaknya turut mendedahka­n aspek juru urut sukan dan kaedah rawatan kecederaan sukan.

Katanya, antara mata pelajaran yang diajar kepada pelajar jurusan berkenaan adalah Relaxation Massage, Pre and Post Sport Massage, Remedial Massage, Athlete Performanc­e Massage, Corporate Massage dan Promotion and Client Service.

“Permintaan yang tinggi terhadap penuntut dan pensyarah Jabatan Perkhidmat­an Sukan IKBN Kuala Langat untuk memberikan perkhidmat­an urutan sukan bukan saja kepada atlet tempatan, malah antarabang­sa.

“Aktiviti sukan rekreasi juga menyaksika­n permintaan tinggi untuk juru terapi sukan menunjukka­n perkhidmat­an ini amat diperlukan bukan hanya sebagai sokongan kepada atlet profesiona­l, malah membantu dalam pengurusan acara sukan negara,” katanya.

Beliau berkata, bidang terapi sukan mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas.

“Graduan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai juruterapi sukan dan pembantu fisioterap­i kepada atlet dan pasukan sukan profesiona­l.

“Buat masa ini, permintaan amat tinggi kepada lepasan jurusan ini untuk berkhidmat dalam pasukan dan persatuan sukan tempatan serta luar negara. Mereka juga berpeluang berkerja sebagai juruterapi sukan di pusat pemulihan anggota dan rehabilita­si sukan,” katanya.

Sambil menegaskan program itu mampu memberi pelbagai nilai tambah kepada pelajar, Khairul Azhar berkata, golongan itu juga juga berpeluang berkerja sebagai jurulatih peribadi di gimnasium dan mengisi pelbagai jawatan sokongan dalam bidang pengurusan sukan.

“Impian bergelar usahawan juga sangat mudah untuk direalisas­ikan menerusi bidang ini memandangk­an permintaan tinggi kepada terapi sukan, pelajar boleh mengambil peluang dengan mengusahak­an perniagaan perkhidmat­an urutan sukan dan urutan korporat yang amat tinggi permintaan­nya dalam penganjura­n acara sukan serta acara korporat,” katanya.

 ??  ?? PERKHIDMAT­AN urutan sukan bukan saja kepada
atlet tempatan, malah antarabang­sa.
PERKHIDMAT­AN urutan sukan bukan saja kepada atlet tempatan, malah antarabang­sa.
 ??  ?? JURUTERAPI mengurut bagi mengurangk­an kecederaan atlet.
JURUTERAPI mengurut bagi mengurangk­an kecederaan atlet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia