Harian Metro

Jelajah 380 sungai di PELBAGAI negara

Memori suka duka buat kajian lalat hitam bersama Takaoka kekal dalam ingatan Zubaidah

- DARI MUKA 56

“Saya disyorkan Prof Datuk Dr Mohd Sofian Azirun yang ketika itu Dekan Fakulti Sains, UM untuk menjadi pembantu penyelidik kepada Takaoka pada 2010 ketika saya masih mencari tajuk projek pengajian ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang ekologi dan biologi.

“Pada mulanya saya gementar untuk bekerja di bawah Takaoka, namun tidak sangka dia rupanya sangat baik dan penyabar apabila memberi tunjuk ajar kepada saya terutama dalam mengenal pasti lalat hitam dan mengkelask­an spesies lalat hitam.

“Dia bukan saja guru, malah bagaikan bapa kerana banyak menasihati dan ada kalanya tidak kedekut mengeluark­an belanja ketika saya kesempitan wang untuk keluar membuat kajian di lapangan bagi kursus doktor falsafah saya,” katanya.

Menurutnya, selain suaminya yang banyak memberikan sokongan, jasa Takaoka tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

“Terlalu banyak tunjuk ajar diberikan, memori suka duka ketika membuat kajian lalat hitam ini dikongsi bersama tidak mampu saya ungkapkan satu persatu.

“Mungkin suatu hari nanti, apabila saya menghadapi masalah dalam mengenal pasti spesis baru lalat hitam kelak, sudah pasti saya akan meminta bantuan dan tunjuk ajarnya dari Jepun.

“Saya berharap semoga lelaki ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudah­kan urusannya apabila menetap di negara kelahirann­ya kelak,” katanya lelaki itu bakal bersara dan pulang ke tanah airnya 1 November depan.

Berkongsi mengenai pembabitan­nya dalam bidang berkenaan, Zubaidah berkata, dia sendiri tidak pernah menyangka minatnya bercambah selepas mengetahui kepentinga­n mengkaji lalat hitam itu.

“Saya bertanya pada diri sendiri kenapa lalat hitam, serangga yang sukar dilihat dengan mata kasar ini menjadi pilihan sedangkan saya mengambil sarjana berkaitan burung.

“Kita tak panggil penyakit berjangkit datang ke sini tetapi kita perlu mengkaji spesies baru lalat hitam itu sama ada ia vektor kepada cacing filaria atau tidak supaya kita ada persediaan dan data yang dapat dirujuk pada masa hadapan.

“Hari demi hari saya mula sedar inilah yang terbaik sebab saya bukan saja buat kajian mengenai lalat hitam tetapi sebab minat dan mahu menyumbang kepada negara,” katanya.

Menurutnya, berbanding lalat hitam dewasa yang bergerak sana sini, larva dan pulpanya lebih senang ditemui dalam sungai. Perkara itulah yang membawanya menjelajah ke 380 sungai termasuk di Malaysia, Indonesia dan Vietnam dalam usahanya mengumpul spesis serangga berkenaan sejak 2010.

“Bayangkan satu hari lima anak sungai perlu saya jelajah dari sekecilkec­il anak sungai seluas 15 sentimeter hingga 15 meter. Ada kalanya air sungai laju dan kena berwaspada dengan kepala air.

“Sering kali juga saya perlu memanjat bukit untuk ke lokasi punca air malah ada masanya saya berdepan dengan tanah runtuh yang masih belum stabil.

“Saya letakkan diri sendiri dalam risiko dan hanya bertawakal saja kepada Allah jika ajal saya di situ. Semuanya saya sanggup lakukan demi mengutip sampel kajian,” katanya.

Katanya, kesibukan tugas sebagai pensyarah kanan, penyelidik dan menguruska­n rumah tangga memerlukan dia bijak membahagi masa.

“Suami sangat menyokong sampaikan dia sanggup ambil cuti sebagai kakitangan sokongan Universiti Malaya untuk menemani saya keluar mengumpul data sampel di lapangan.

“Mungkin ada hikmahnya mengapa kami belum dikurniaka­n cahaya mata kerana banyak masa itu boleh saya gunakan untuk memberikan sumbangan ini kepada Malaysia,” katanya.

 ??  ?? TAKAOKA tidak lokek menurunkan ilmunya.
TAKAOKA tidak lokek menurunkan ilmunya.
 ??  ?? ZUBAIDAH melihat lalat hitam menerusi mikroskop semasa ekspedisi saintifik di Tasik Kenyir.
ZUBAIDAH melihat lalat hitam menerusi mikroskop semasa ekspedisi saintifik di Tasik Kenyir.
 ??  ?? MENJEJAK lalat hitam hingga ke Gunung Kinabalu.
MENJEJAK lalat hitam hingga ke Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia