Harian Metro

Cabaran besar berkaitan usia

- DARI MUKA 56

Menurutnya, apabila usianya memasuki 18 tahun, dia mula serius mencari perniagaan yang sesuai untuk diusahakan.

“Saya kemudian memilih cabang perniagaan kesihatan dan kecantikan dengan menjadi ejen dan dropship pelbagai jenama. Untuk permulaan, saya berjaya membuat jualan RM20,000 dalam tempoh sebulan.

“Bayangkan begitu terujanya saya ketika itu dan setahun kemudian saya fokus kepada satu jenama saja. Selepas mengumpul pengalaman menjual pelbagai jenama, saya akhirnya memberanik­an diri mencipta jenama saya sendiri iaitu Befit Radiance Sdn Bhd dan produk DEMI Green Coffee pada usia 20 tahun,” ujarnya.

Muhammad Hakem berkata, dia bersyukur kerana hasil usahanya membuahkan hasil dan kini dia mempunyai 25 kakitangan yang bernaung di bawah syarikatny­a.

“Siapa kata mudah untuk berada pada tahap ini, tentu saja cabarannya besar terutama berkaitan usia. Bayangkan ketika saya menjalanka­n temu duga untuk mengambil pekerja dan hampir semua yang datang lebih berusia daripada saya.

“Susah untuk saya mendapatka­n pekerja ketika itu namun syukur, semuanya dipermudah­kan dan kini saya memiliki

TENTANGAN IBU

Ditanya mengenai sokongan dan restu keluarga, anak muda ini jujur mengakui pada permulaan keluargany­a tidak memberi sokongan untuk dia terbabit dalam perniagaan.

Menurutnya, dia juga bukan berasal daripada latar belakang keluarga yang terbabit dalam perniagaan menyebabka­n semuanya menjadi semakin sukar.

“Ibu tidak suka saya berniaga ketika itu kerana dia bimbangkan saya tidak memberi tumpuan kepada pelajaran. Disebabkan itu, saya memilih berniaga secara senyap-senyap tanpa pengetahua­n ibu. Bukan berniat untuk berbohong tetapi saya tidak mahu membuat dia sedih,” katanya.

Muhammad Hakem berkata, disebabkan itu juga, dia tidak lalai dalam pelajaran dan berjaya menghabisk­an pengajian diplomanya awal tahun ini.

“Syukur, lama-kelamaan ibu dapat menerima apa yang saya lakukan. Kini ibu dan isteri banyak memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada saya.

“Saya faham mengapa dia tidak menyokong saya dulu, semua ini disebabkan dia bimbang saya tidak berjaya dalam pelajaran dan perniagaan,” ujarnya.

Katanya, selain itu, dia juga tidak terlepas daripada menerima dugaan dalam perniagaan apabila jualan produk mula jatuh menjunam.

“Daripada itu, saya mula belajar untuk tidak mudah selesa kerana bidang ini ada pasang surutnya.

“Saya kemudian memperbany­akkan ilmu dengan menyertai pelbagai kelas perniagaan termasuk yang dijalankan individu yang saya kagum dan banyak membantu iaitu Mohd Suhaimi Umar. Saya betulkan niat berniaga, selain mencari rezeki saya mahu membantu individu lain untuk mendapat pekerjaan. Syukur, hasrat itu sedikit demi sedikit dapat dicapai kini,” katanya.

Menurutnya, dia juga menyasarka­n untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang jualan kepada masyarakat terutama wanita dan ibu tunggal.

“Saya juga akan berusaha menambah pekerja pada tahun depan untuk memastikan empayar perniagaan ini semakin berkembang.

“Bagi saya, untuk berjaya ini tidak mudah disangka. Perlu lalui bermacamma­cam dugaan yang tidak disangka, rahsianya mudah iaitu tidak boleh putus asa dan bijak mencari ruang dan peluang,” ujarnya.-Siti Nadirah Hafidzin

Muhammad

Hakem kini ada 25 kakitangan, miliki jenama

sendiri pada usia 20 tahun

 ??  ?? BERJAYA pada usia muda.
BERJAYA pada usia muda.
 ??  ?? BERSAMA kakitangan­nya.
BERSAMA kakitangan­nya.
 ??  ?? TIDAK mudah berputus asa dalam
perniagaan.
TIDAK mudah berputus asa dalam perniagaan.
 ??  ?? BERSAMA Mohd Suhaimi, individu yang banyak membantuny­a dalam perniagaan.
BERSAMA Mohd Suhaimi, individu yang banyak membantuny­a dalam perniagaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia