Harian Metro

Si comel ceria, bergaya

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Busana bayi, kanak-kanak perlu selesa elak emosi terganggu

Comel, ceria dan selesa. Tiga faktor itu menjadi keutamaan kepada setiap ibu bapa dalam mencari busana buat si kecil tersayang.

Tidak perlu terlalu sarat dengan perincian, rekaan santai dengan gabungan material berkualiti sudah cukup untuk memberi keselesaan terutama ketika cuaca panas terik.

Lebih menarik sekiranya pakaian digayakan itu rekaan eksklusif yang dihasilkan mengikut saiz dan rekaan digemari si ibu juga anak.

Memberi kelainan dalam rekaan busana bayi dan kanak-kanak termasuk baju-T, gaun, seluar, baju panas, kurung selain pelbagai jenis rekaan yang ditempah menjadikan Oshka.Co antara jenama pilihan terbaik.

Pengasasny­a Norshahida Kamaruzzam­an berkata, hampir semua rekaan keluaranny­a selesa dan sesuai untuk kanak-kanak yang sentiasa bergerak aktif.

“Saya sendiri mempunyai dua anak kecil. Saya faham betapa pentingnya sepasang pakaian yang selesa dan sesuai untuk kanak-kanak.

“Ia juga turut mempengaru­hi emosi kanak-kanak dan bayi kerana sekiranya memakai pakaian tidak bersesuaia­n terutama ketat atau fabrik panas menyebabka­n si kecil meragam sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya, oleh kerana dia menerima tempahan, hampir kebanyakan pelanggan memberikan fabrik sendiri namun ada juga yang memilih fabrik sedia ada.

“Saya juga memberi kebebasan kepada pelanggan menentukan rekaan sendiri namun dalam masa sama tetap mementingk­an keselesaan.

“Selain selesa, semua rekaan kami adalah terkini dan ceria. Ia amat penting bagi memastikan emosi kanak-kanak sentiasa dalam keadaan baik terutama ketika menghadiri majlis atau ke pusat beli-belah,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? COMEL dan selesa. BOLEH digayakan ke pelbagai acara. CERIA dan manis digayakan. SESUAI untuk kanak-kanak aktif.
COMEL dan selesa. BOLEH digayakan ke pelbagai acara. CERIA dan manis digayakan. SESUAI untuk kanak-kanak aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia