Harian Metro

Bahu bayi tersangkut

-

Biasa terjadi pada si kecil bersaiz cecah 4 kilogram

yang terbabit tidak boleh digerakkan.

“Jenis kecederaan yang biasa terjadi dinamakan ‘Erb’s Palsy’. Walaupun begitu, kecederaan ini hanyalah sementara dan pergerakan tangan yang terbabit akan kembali pulih dalam beberapa jam atau hari. Kecederaan kekal sangat jarang berlaku.

“Perlu diingatkan, kecederaan pada saraf bukan saja boleh berlaku pada kejadian seperti ini ketika bersalin normal. Ia juga boleh terjadi pada bayi yang dilahirkan secara pembedahan,” ujarnya.

Menurutnya, kadangkala, kejadian bayi bahu tersangkut boleh menyebabka­n tulang bahu bayi patah namun dalam kebanyakan kes bayi akan sembuh seperti sedia kala selepas tempoh tertentu.

“Walaupun langkah berjaga-jaga diambil dan pertolonga­n kecemasan diberikan segera ketika kejadian ini, bayi mungkin mengalami masalah otak kerana kekurangan oksigen sampai ke otak,” katanya.

Tambahnya, sekiranya si ibu mengalami masalah itu, risiko untuk ia berulang adalah sangat tinggi.

“Satu daripada 10 wanita berkemungk­inan mengalamin­ya sekali lagi dan atas sebab itu, doktor akan berbincang dengan anda dan pasangan bagi menerangka­n cara terbaik untuk melahirkan anak yang berikutnya.

“Anda mungkin memilih untuk bersalin secara normal jika ketika bahu bayi senang dilepaskan dan bayi anda sihat serta bebas daripada komplikasi lain. Bagaimanap­un, anda boleh memilih untuk bersalin secara pembedahan jika sebaliknya,” ujarnya.

 ??  ?? KEBIASAANN­YA bayi yang tersangkut bahu dapat dilahirkan dengan selamat.
KEBIASAANN­YA bayi yang tersangkut bahu dapat dilahirkan dengan selamat.
 ??  ?? Apabila berdepan dengan situasi itu, pasukan perubatan akan bersiap sedia kerana ia saat kecemasan yang perlu ditangani segera. “Bahu bayi perlu dilepaskan segera supaya dia dapat dilahirkan dengan selamat dan bayi boleh bernafas secara normal
Apabila berdepan dengan situasi itu, pasukan perubatan akan bersiap sedia kerana ia saat kecemasan yang perlu ditangani segera. “Bahu bayi perlu dilepaskan segera supaya dia dapat dilahirkan dengan selamat dan bayi boleh bernafas secara normal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia