Harian Metro

Tonik Adam

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Mahu pamer tunggangan terbaik menjelang GP Malaysia minggu depan

Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin memperagak­an tunggangan meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di kedudukan ketujuh semalam, sekali gus menjadi tonik terbaik menjelang perlumbaan GP Malaysia minggu depan.

Berlangsun­g di Litar Phillip Island, pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu mengakui perlumbaan semalam cukup sukar selepas bermula di petak ke-13.

“Perlumbaan hari ini (semalam) sangat sukar. Anda sendiri dapat lihat

betapa setiap pelumba berusaha bersungguh-sungguh.

“Terdapat jurang yang besar dan setiap pelumba mahu memenangi perlumbaan. Saya dapat menyaksika­n beberapa kemalangan besar.

“Saya bermula dengan baik dan dapat memotong beberapa pelumba. Tetapi, kemudian saya tak dapat bersaing kerana seperti ada sesuatu yang hilang,” katanya.

Adam mengakui gembira dapat menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik, sekali gus meraih sembilan mata berharga.

“Saya harap dapat beraksi dengan lebih baik di halaman sendiri minggu depan,” katanya.

Sementara itu, pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi bersama Monster Yamaha Tech 3 gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh selepas bermula di petak ke-10.

Pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi (Idemitsu Honda Team Asia) pula menamatkan saingan di kedudukan ke-16.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia