Harian Metro

‘Semua pihak perlu berfikiran terbuka’

-

ini Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumka­n pelantikan Wong Choong Hann selaku pengarah kejurulati­han baru badan induk itu.

Bekas pemain perseorang­an negara itu akan memulakan tugasnya 1 Januari depan dengan KPI utama diletakkan untuknya merealisas­ikan matlamat memenangi pingat emas pada Olimpik Tokyo 2020.

Saya tidak membantah keputusan BAM itu, tetapi pada masa sama, saya juga tidak katakan bersetuju sepenuhnya dengan

Choong Hann.

Saya hanya mahu semua pihak berfikiran rasional dan terbuka. Memang tidak dinafikan Choong Hann antara pemain perseorang­an terbaik negara yang pernah dilahirkan.

Tapi dalam soal kejurulati­han, saya fikir pengalaman Choong Hann masih cetek.

Maaf, tapi itu realitinya. BAM mengatakan Choong Hann calon paling layak mengambil kira beberapa faktor termasuk kekangan kewangan untuk mendapatka­n

pelantikan khidmat individu luar.

Saya memahami kesukaran BAM itu. Pada masa sama, saya juga berharap BAM lebih bersikap rasional dalam membuat keputusan.

Ini kerana dengan KPI yang diletakkan cukup tinggi untuk Choong Hann iaitu memastikan meraih emas di Tokyo, ia agak diluar jangkaan.

Sedangkan mereka yang pernah berkhidmat dengan BAM, yang mempunyai pengalaman luas pun belum mampu memenuhi impian itu.

Menjadi seorang juara di atas gelanggang ketika sebagai pemain dan menjadi seorang jurulatih untuk membentuk seorang pemain menjadi juara dua tugas yang cukup berbeza.

Ini hakikat yang perlu diterima semua pihak. Tidak semua bekas pemain mampu menjadi jurulatih yang baik dan begitu sebaliknya. Apapun keputusan sudah pun dibuat BAM.

Sama-sama kita nantikan apakah yang mampu dilakukan Choong Hann. Jumpa lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia