Harian Metro

Srivaddhan­aprabh terbabit nahas sejurus Leicester tamat aksi

-

Leicester: Pengerusi dan pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhan­aprabha

adalah antara lima individu yang berada di dalam helikopter yang terhempas di tempat letak kereta bersebelah­an stadium kelab itu semalam, menurut sumber yang terdekat dengan kelab.

Turut berada di dalam helikopter itu adalah anak perempuan Vichai, dua juruterban­g dan individu kelima masih belum diketahui.

Masih belum ada sebarang pengesahan sama ada kesemua individu di dalam helikopter itu terselamat, kata sumber itu lagi.

Terdahulu pegawai dari kelab dan syarikat Vichai, King Power Internatio­nal enggan mengulas lanjut sama ada beliau berada di dalam helikopter selepas ia hilang kawalan dan terhempas sejam selepas berakhir perlawanan membabitka­n Leicester dan West Ham United.

Menurut saksi, helikopter itu dilihat naik dengan sempurna di atas stadium sebelum ia mula berpusing. Ia kemudian terhempas ke bawah sebelum terbakar.

Jurucakap kelab itu berkata: “Kami sedang membantu polis Leicesters­hire dan perkhidmat­an kecemasan dalam menguruska­n insiden besar di Stadium King Power.”

John Butcher yang berada berhampira­n dengan stadium ketika kejadian itu berkata, anak saudaranya dapat menyaksika­n sebuah helikopter berpusing kawalan.

“Tidak berapa lama selepas itu ia terhempas seperti batu jatuh ke lantai. Mujur ia hanya berpusing seketika dan semua orang sempat menyelamat­kan diri.

“Setahu kami tiada orang di tempat letak kereta itu yang terbabit dengan insiden berkenaan,” katanya.

Di Thailand, pegawai King Power berkata, mereka tidak boleh memberikan sebarang komen berhubung insiden itu.

Vichai begitu popular dalam kalangan peminat selepas beliau mengambil alih Leicester pada 2010 dan kemudian mengejutka­n dunia apabila kelab itu memenangi kejuaraan liga pada 2016. – AFP

dan

hilang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia