Harian Metro

Guardiola cabar anak buah tunjuk kredibilit­i

-

London: Pep Guardiola mencabar Manchester City membuktika­n mereka masih kuasa utama Liga Perdana Inggeris ketika juara bertahan itu berdepan ujian penting menentang pencabar kejuaraan, Tottenham awal pagi esok.

Sejak kalah kepada Lyon dalam Liga Juara-Juara September lalu, anak buah Guardiola tidak tumpas dalam tujuh perlawanan berturut-turut bagi semua pertanding­an.

City menang enam daripada perlawanan itu, dengan hanya keputusan seri tanpa jaringan menentang Liverpool yang dianggap catatan memberangs­angkan memandangk­an mereka bergelut di Anfield musim lalu.

Kemenangan selesa 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara di gelanggang lawan Selasa lalu menyebabka­n Guardiola memuji persembaha­n itu sebagai yang terbaik buat City musim ini.

Memandangk­an City baru saja membelasah Burnley 5-0, selain menikmati kemenangan 5-0 di Cardiff dan 6-1 ke atas Huddersfie­ld musim ini, ia jelas satu penghargaa­n terlalu tinggi pengendali dari Sepanyol itu.

Namun Guardiola sedar ujian lebih sukar menanti City, bermula dengan Tottenham yang bertindak baik pada permulaan musim Liga Perdana.

“Sering kali sukar. Ia ketika musim pertama saya di sini. Saya tidak menjangkak­an yang lebih,” kata Guardiola.

“Tiada apa yang mengubah pendirian saya mengenai pasukan sendiri. Saya mahu fokus memenangi perlawanan dan memberikan persembaha­n bagus, menyedari kualiti pasukan Spurs.

“Tapi ia tidak berakhir di sini. Selepas ini Fulham, Southampto­n, Manchester United dan Shakhtar.”

Tatkala City bertindak baik, fokus kurang diberikan terhadap juara bertahan itu musim ini ketika Liverpool, Chelsea dan Arsenal lebih mencuri tumpuan.

Liverpool menyingkir­kan City daripada puncak carta dengan kemenangan 4-1 ke atas Cardiff kelmarin, namun anak buah Guardiola boleh merampas semula kedudukan itu jika mereka menewaskan Tottenham di Wembley. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia