Harian Metro

Ledakan kedua

-

„ Gol Ronaldo bantu Juve melonjak tujuh mata

jaring selepas larian pantas Afriyie Acquah.

Namun Juventus benar-benar mengharapk­an pemain bernilai 100 juta euro (RM476 juta) Ronaldo membawa tuah kepada mereka pada babak kedua dengan penyerang Portugal itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-54.

Ronaldo

kemudianny­a merembat masuk gol kedua mengagumka­n bagi melakar kemenangan kesembilan dalam 10 perlawanan Serie A buat anak buah Massimilia­no Allegri.

“Ia perlawanan yang amat sukar. Kami sedar ia pasti sukar apatah lagi selepas bermain dalam Liga Juara-Juara dan kami agak letih,” kata Ronaldo kepada Sky Sport Italia.

“Kami tetap bersaing, meningkatk­an penguasaan bola, mencipta lebih banyak peluang selepas rehat dan akhirnya berhak meraih kemenangan ini.

“Saya tak ingat gol itu dengan jelas, saya perlu menyaksika­nnya sekali lagi! Ia berlaku terlalu pantas, tapi saya rasa yakin dan cuba menjaringk­an gol.”

Selepas seri 1-1 dengan Genoa hujung minggu lalu, Ronaldo melengkapk­an minggu lebih berjaya buat Juve apabila dia melakukan rembatan jarak jauh yang gagal diselamatk­an 20 minit sebelum tamat.

“Saya beritahu mereka, ini perlawanan yang kami perlu menang, tidak kira bagaimana bagus atau buruk kami bermain,” kata Allegri.

“Gol itu satu saat magis daripada seorang pemain luar biasa dan ia sesuatu yang cuba ditiru kanak-kanak sekolah.”

Gol sendiri oleh penjaga gol Fiorentina, Alban Lafont membantu Torino tidak kalah dalam lima perlawanan selepas seri 1-1, manakala Atalanta meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila mereka menewaskan pendatang baru Parma 3-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia