Harian Metro

Durakovic ‘maafkan’ pengadil kontrovers­i

- Syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun hampir ‘terlepas’ Piala Malaysia susulan beberapa keputusan kontrovers­i pengadil Suresh Jayaraman, Perak mahu berlapang dada dan enggan memanjangk­an lagi isu itu.

Jurulatihn­ya, Mehmet Durakovic juga dilihat sudah ‘memaafkan’ pengadil itu sambil menegaskan kesilapan itu adalah perkara normal sebagai manusia biasa.

“Kami memenangi perlawanan jadi nikmatilah saat ini. Secara jujurnya, semua orang melakukan kesilapan.

“Pemain saya melakukan kesilapan namun mereka bangkit, pengadil dan penjaga garisan juga melakukan kesilapan, kita juga ada melakukan kesalahan kerana kita hanyalah manusia biasa.

“Apa pun, Tuhan Maha Besar dan kami sememangny­a layak untuk merangkul trofi ini,” kata Durakovic pada sidang media selepas perlawanan malam kelmarin.

Beberapa keputusan Su-

(gambar)

resh nyata merentap semangat skuad The Bos Gaurus terutamany­a selepas jaringan Leandro dos Santos yang sepatutnya mengikat kedudukan pada minit ke-32 dibatalkan, selain jaringan Gilmar pada babak kedua turut mengalami nasib sama.

Ketinggala­n 0-2 pada babak pertama, bekas pengendali Selangor itu mendedahka­n betapa beliau tetap percaya anak buahnya mampu bangkit semasa rehat dan ia dibuktikan menerusi kemenangan pada final malam kelmarin.

“Babak pertama berlangsun­g dengan keadaan yang buruk kerana kesilapan dilakukan tapi inilah bola sepak, anda tidak boleh lari daripada kesilapan.

“Tapi saya tetap percayakan mereka kerana saya tahu mereka bukanlah pemain yang mudah berputus asa. Mereka menunjukka­n persembaha­n yang jauh berbeza pada separuh masa kedua,” katanya.

Terdahulu, Perak menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia, sekali gus menokok gelaran kelapan apabila menewaskan skuad Penyu 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti sesudah terikat 3-3 selepas masa tambahan.

Ia mengulangi kejayaan dilakar Perak 20 tahun lalu apabila menewaskan lawan sama juga menerusi sepakan penentuan penalti 5-3 selepas terikat 1-1 pada final edisi 1998.

Kemenangan itu nyata begitu manis selepas anak buah Durakovic terpaksa bangkit selepas ketinggala­n dua gol pada babak pertama dan sekali lagi ketinggala­n pada masa tambahan sebelum mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

 ??  ?? SURESH mellayangk­an kad kuniing kepada pemaiin Perak dii fiinall Piialla Mallaysiia,, kellmariin..
SURESH mellayangk­an kad kuniing kepada pemaiin Perak dii fiinall Piialla Mallaysiia,, kellmariin..
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia