Harian Metro

‘Tarian’ terlampau

„ Rezal anggap tindakan Leandro, Luiz kurang profesiona­l

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Pemain import Perak, Leandro dos Santos dan Wander Luiz memang wajar bergembira dengan jaringan sendiri pertahanan Terengganu FC, Igor Zonjic untuk mengheret aksi final Piala Malaysia 2018, semalam ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa tambahan.

Namun, cara mereka meraikan jaringan ketiga Perak itu dengan menari di depan Zonjic, 27, boleh diibaratka­n sebagai tindakan tidak profesiona­l walaupun pada akhirnya pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman melayangka­n kad kuning kepada Leandro.

Presiden Persatuan Pemain Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambery Yahya, berkata, tidak salah untuk pemain meraikan gol, tetapi ia boleh dikira sebagai satu kesalahan sekiranya diraikan dengan keterlalua­n.

“Pada pandangan saya tiada semangat kesukanan yang ditunjukka­n kedua-dua pemain terbabit.

“Tidak salah untuk meraikan jaringan, tetapi jika berlebihan ia boleh dikira sebagai satu kesalahan.

Mengenai tindakan selebihnya terserah kepada badan terbabit dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya.

Bagaimanap­un, bekas pemain kebangsaan itu tidak meletakkan sepenuhnya kesalahan ke atas kedua-dua pemain import dari Brazil itu apatah lagi mungkin ia dilakukan tanpa ada niat yang buruk.

“Apapun, kita perlu ambil kira situasi itu terjadi kerana mungkin pemain begitu teruja menyamakan kedudukan di saat akhir, malah saya melihat ini sebagai budaya pemain asing.

“Pemain tempatan jarang melakukan tindakan seperti ini,” katanya.

Selepas tindakan menari itu, Wander Luiz juga dilihat datang menekup kepala Suresh menggunaka­n tangan sebaik pengadil itu melayangka­n kad kuning kepada Leandro.

 ??  ?? ZONJIC (kanan) bertikam lidah dengan pemain Perak. LUIZ (tengah) dan Dos Santos meraikan jaringan penyamaan di depan Zonjic.
ZONJIC (kanan) bertikam lidah dengan pemain Perak. LUIZ (tengah) dan Dos Santos meraikan jaringan penyamaan di depan Zonjic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia