Harian Metro

DAH MENANG, TAKKAN NAK LEPASKAN...

- Mohd Hafizee Mohd Arop sukannews@nstp.com.my

„ PAFA sah sambung kontrak Durakovic

Ipoh

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic akan terus kekal bersama skuad The Bos Gaurus selepas Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengesahka­n akan menyambung kontrak pengendali berasal dari Australia itu.

Presidenny­a, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, Durakovic sudah memberikan jawapan secara lisan untuk kekal bersama pasukan dan perbincang­an seterusnya akan dilakukan untuk mengikat pengendali itu.

“Sasaran awal saya ketika memegang tampuk PAFA (sebagai presiden), saya beritahu Mehmet, bawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, kami (PAFA) akan menyambung kontrak.

“Kini sudah bergelar juara, pastilah kontraknya akan disambung,” katanya selepas menyambut ketibaan piala berkenaan di Stadium Perak semalam.

Durakovic dilantik ketua jurulatih pasukan itu menggantik­an mendiang Karl Heinz Weigang berkuatkua­sa 22 Februari tahun lalu.

Sebelum ini, timbul khabar angin di media sosial mengatakan pengendali Perak itu berada dalam radar Persatuan Bolasepak

Selangor (FAS).

Ketika ditanya mengenai desas desus kononnya gaji jurulatih itu akan dikurangka­n musim depan, Hasnul Zukarnain menafikann­ya dan memberitah­u tidak mungkin gaji jurulatih yang berjasa itu akan dipotong.

Sementara itu, mengenai imbuhan dan ganjaran yang akan diterima pemain, Hasnul Zulkarnain berkata, perkara itu akan diumumkan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu selepas pulang dari luar negara Khamis ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia