Harian Metro

Hafizul tebus silap ‘tendangan angin’

-

saya lambat membuat keputusan sama ada mahu menangkap atau menyepak bola itu. Saya lambat membaca pergerakan bola.

“Mujurlah rakan sepasukan sentiasa memberi semangat dan motivasi.

Saya cuba kembali dalam permainan pada babak kedua kerana saya tahu rakan sepasukan memerlukan saya.

“Jika saya terus hanyut dengan kesilapan itu mungkin keadaan menjadi semakin parah. Saya hanya banyakkan berdoa dan minta kekuatan daripada Allah,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan, malam kelmarin.

Namun, penjaga gol kebangsaan itu menebus kesilapann­ya apabila menjadi

wira buat The Bos Gaurus selepas menyelamat­kan dua sepakan penalti untuk membantu pasukannya menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kelapan.

“Saya tidak jangka dapat menyelamat­kan dua penalti. Mungkin itu rezeki saya kerana sebelum ini saya melakukan satu kesilapan yang hampir menyebabka­n kekalahan,” katanya.

Pada aksi terbabit, Hafizul menyelamat­kan sepakan penalti yang diambil pertahanan, Igor Zonjic dan pemain tengah, Thierry Chantha Bin namun tewas pada sepakan penalti ketiga oleh Nasrullah Haniff Johan.

Bagaimanap­un, ia tidak memberi apa-apa makna buat TFC apabila Perak berjaya menyempurn­akan semua empat penalti pertama mereka untuk meraih kemenangan 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 selepas tamat masa tambahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia