Harian Metro

Dalang seludup migran dicekup

-

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 25 pendatang asing tanpa Izin (PATI) termasuk tujuh kanak-kanak ketika cuba memasuki negara ini secara haram melalui laluan tidak diwartakan, awal pagi semalam.

Semua mereka ditahan dalam operasi disertai sepasukan Unit Risikan Marin (URM) PPM di sebuah rumah di Kampung Kinabutan Tengah berhampira­n pinggir pantai Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, dekat sini, jam 1.45 pagi.

Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau Deputi Superinten­dan Mohd

Nazri Ibrahim berkata, pemeriksaa­n mendapati seramai 25 warga

Indonesia dipercayai baru tiba dari negara jiran itu bersembuny­i di rumah berkenaan.

“Mereka terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh perempuan dewasa bersama empat kanakkanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 48 tahun. Semua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dan seorang lelaki pemegang dokumen pelarian IMM13 dipercayai dalang aktiviti pemerdagan­gan orang dan penyeludup­an migran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya kegiatan penyeludup­an migran didalangi individu dan pihak tertentu yang dibawa masuk secara haram melalui laluan tidak sah untuk bekerja di ladang sekitar daerah ini.

“Semua tahanan dan barang rampasan dibawa ke Markas PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pendatang yang ditahan di Kampung Kinabutan Tengah, Tawau.
ANTARA pendatang yang ditahan di Kampung Kinabutan Tengah, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia