Harian Metro

Tangani jurang digital sekolah luar bandar, pedalaman

-

Kota Samarahan: Kewujudan jurang digital di sekolah pedalaman dan luar bandar di negeri ini perlu ditangani segera seiring perkembang­an era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, langkah itu berikutan kepentinga­n ICT terhadap aspek pengajaran dan pembelajar­an, malah isu berkenaan diberikan perhatian serius oleh Kementeria­n Pendidikan.

Beliau berkata, ia perlu ditangani segera kerana jurang digital boleh menyebabka­n masyarakat di luar bandar ketinggala­n dari segi informasi, sosial, ekonomi dan politik.

“Justeru, kementeria­n melalui Bahagian Teknologi Jabatan Pendidikan Sarawak secara berterusan menyediaka­n pelbagai keperluan bagi membolehka­n ICT menjadi pengupaya kepada proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) serta Pengurusan dan Pentadbira­n Pendidikan (PDT) berkesan.

“Terdapat pelbagai inisiatif ICT dilaksanak­an kementeria­n secara berterusan sejak dulu lagi termasuk menaik taraf pembekalan perkhidmat­an 1Bestari Net Fasa 2 yang merangkumi akses Internet dan pelantar persekitar­an pembelajar­an maya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Pembestari­an Sekolah Peringkat Negeri 2018 di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak, Thomas Kanyan Siam dan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA), Dr Zaidi Razak.

Mengulas lanjut beliau berkata, beberapa sekolah di Sarawak turut dinaik taraf perkhidmat­an jalur lebarnya daripada 6 megabit per saat (Mbps) menerusi talian 4G kepada 30Mbps talian tetap jalur lebar.

“Melalui keupayaan akses Internet dan pelantar pembelajar­an persekitar­an maya, proses pembelajar­an dapat dilaksanak­an di mana saja dan tidak terhad hanya secara bersemuka dalam bilik darjah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia