Harian Metro

Tak tahan sering didenda

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

„ Nelayan rayu hanya satu lesen untuk semua jenis peralatan menangkap ikan di laut

olong bagi kebenaran untuk kami sebagai nelayan kecil menggunaka­n apa saja peralatan hanya dengan satu lesen,” rayu nelayan warga emas, Dullah Miasin, 68, berhubung isu lesen menangkap ikan untuk nelayan.

Dullah dari Kampung Tanjung Aru, di sini berkata, mereka tidak tahan apabila sering ditangkap dan didenda hanya kerana kesalahan berkaitan lesen penangkapa­n ikan.

“Kami merayu kerajaan menimbangk­an atau mengkaji semula supaya nelayan kecil diberikan hanya satu lesen yang membolehka­n kami menggunaka­n semua jenis peralatan menangkap ikan di laut.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana ketika ini kami hanya diberikan satu lesen yang hanya membenarka­n penggunaan peralatan menangkap ikan tertentu.

“Keadaan ini menyebabka­n peralatan yang dibenarkan untuk kami sangat terhad,” katanya kepada NSTP, semalam.

Dullah berkata, isu lesen menyebabka­n mereka sering ditangkap dan dikenakan denda oleh pihak berkuasa jika didapati menangkap menggunaka­n peralatan yang tidak disebut dalam lesen.

Katanya, sebagai nelayan, mereka mempunyai pelbagai peralatan menangkap ikan, namun masalah timbul apabila peralatan yang digunakan tiada dalam lesen.

“Sudah menjadi kebiasaan nelayan menukar alat menangkap ikan mengikut lokasi perairan dan jenis ikan yang mahu ditangkap.

“Bagaimanap­un, kerana pada masa itu kami tidak menggunaka­n alat yang tertera dalam lesen, kami akhirnya ditangkap dan didenda.

“Jumlah ikan yang kami peroleh kecil kerana kami hanya memukat di kawasan berdekatan pantai saja,” katanya.

Menurut Dullah, aktiviti mereka terus terbatas jika peraturan lesen yang hanya menetapkan penggunaan satu alat menangkap ikan tidak diubah selain menyukarka­n mereka mencari rezeki.

 ??  ?? DULLAH (tiga dari kanan) bersama beberapa nelayan pada perjumpaan bersama nelayan di Sandakan, semalam.
DULLAH (tiga dari kanan) bersama beberapa nelayan pada perjumpaan bersama nelayan di Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia