Harian Metro

APE jaga kebajikan hidupan liar

-

Kinabalu: Projek Pendidikan Alam Sekitar dan Haiwan (APE) Malaysia yang dilancarka­n, semalam, bagi membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) menjaga kebajikan hidupan liar di Taman Hidupan Liar Lok Kawi (LKWP), di sini.

Ia bagi menambah kemudahan untuk hidupan liar di taman berkenaan menerusi program yang dilaksanak­an dengan kerjasama kakitangan LKWP, bermula semalam sehingga hari ini.

Menerusi projek itu, lapan penjaga zoo, pendidik dan pengarah zoo daripada Persatuan Zoo dan Akuarium Amerika (AZA) menyertai projek menerusi inisiatif APE Malaysia bagi menyokong usaha menaik taraf kemudahan kurungan dan kebajikan haiwan di taman berkenaan.

Pengarah JHLS Augustine Tuuga berkata, pihaknya komited untuk memastikan kebajikan haiwan di taman berkenaan diberi keutamaan sewajarnya.

“Tindakan diambil terhadap cadangan yang dibuat ketika audit luaran dijalankan baru-baru ini dan usaha menaik taraf kemudahan sedia ada satu daripadany­a.

“Kumpulan APE Malaysia menjalanka­n kerja menambah beberapa kemudahan untuk orang utan seperti memasang tali tambahan untuk haiwan itu memanjat, selain kemudahan untuk haiwan lain termasuk gajah dan beruang matahari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, Pegawai JHLS yang bertanggun­gjawab terhadap LKWP, Nurian Acheh berkata, sejak pengurusan baharu dilaksanak­an, pihaknya bekerjasam­a dengan pelbagai pihak yang memberi cadangan berkaitan langkah perlu diambil bagi menambah baik taman berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia