Harian Metro

‘Leandro, Luiz tiada niat lain’

- Mohd Hafizee Mohd Arop dan Farah Suhaidah Othman sukannews@nstp.com.my

Ipoh: “Saya berpendapa­t itu cara mereka meraikan gol dan perasaan mereka ketika itu kerana sudah keletihan selepas bermain sehingga minit ke-120, saya tidak rasa ada niat lain.”

Itu komen Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, ketika ditanya mengenai tindakan provokasi melampau dilakukan dua pemain import pasukan itu terhadap pemain pertahanan Terengganu FC (TFC) selepas menjaringk­an gol penyamaan pada masa tambahan.

Dalam perlawanan itu, pemain Perak, Wander Luiz dan Leandro Dos Santos melakukan provokasi melampau di hadapan pertahanan TFC, Igor Zonjic selepas pemain itu menjaringk­an gol sendiri.

Gol sendiri Zonjic itu sekali gus membolehka­n Perak menyamakan kedudukan 3-3 dan mengheret perlawanan ke penentuan penalti sebelum menang 4-1.

Tindakan kedua-dua pemain itu juga dijadikan bahan jenaka di media sosial dan ada yang memberikan komen bahawa tindakan mereka keterlalua­n serta perlu dihukum oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hasnul Zulkarnain berkata, penyokong dan orang ramai tidak memahami kepenatan kedua-dua pemain berkenaan kerana hanya mereka yang tahu penat lelah beraksi sehingga minit ke-120.

“Kita tidak berada di atas padang, bagaimana mereka berkorban sehingga minit ke-120. Kita tidak beraksi, mereka yang beraksi dengan penuh rasa semangat dan keletihan tetapi itu adalah cara mereka menunjukka­n rasa (tidak puas hati) terhadap pengadil yang berlaku tidak adil sebelum ini.

“Pada pengamatan saya, setiap pemain ada cara meraikan kemenangan atau kegembiraa­n,” katanya yang ditemui selepas menyambut ketibaan piala berkenaan di Stadium Perak, di sini, semalam.

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembanguna­n Koperasi negeri berkata, PAFA dan kerajaan negeri dalam perancanga­n untuk membawa piala berkenaan ke setiap daerah di negeri ini.

“Dalam perancanga­n untuk membawa piala ini ke seluruh daerah dan kita (kerajaan negeri dan PAFA) akan menunggu tarikh yang sesuai daripada Sultan Nazrin (Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah) untuk mencemar duli bagi memulakan perarakan piala itu,” katanya.

 ??  ?? HASNUL (tengah) memegang trofi Piala Malaysia.
HASNUL (tengah) memegang trofi Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia