Harian Metro

Pemain import perlu belajar adab , tatasusila

- Baharom Bakar cnews@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Aksi provokasi terlampau ditunjukka­n dua awang import Perak membuktika­n pemain itu kurang beradap.”

Itu komen Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddi­n Abdul Karim terhadap aksi dua pemain Perak, Leandro Dos Santos dan Wander Luiz, yang menunjukka­n aksi terlampau, selepas pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Isor Zonjic tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-120, sebelum menyaksika­n keputusan perlawanan ditentukan melalui sepakan penalti.

“Mereka tidak menghormat­i dan tidak mengendahk­an tatasusila masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Leandro dan Luiz menunjukka­n aksi kurang sopan ketika Zonjic berada dalam keadaan kesedihan selepas secara tidak sengaja menampan bola ke gol sendiri.

Hishamuddi­n yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n, Belia, Sukan dan NGO negeri, berkata, pemain berhak mempamer pelbagai gaya untuk meraikan kemenangan, tetapi adab dan tatasusila perlu diutamakan.

Katanya, gelagat dan aksi ditunjukka­n Leandro dan Luiz itu jika dibiarkan boleh mencetuska­n pergaduhan sesama pemain, selain menimbulka­n kemarahan penyokong bola sepak yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Saya yang ketika itu berada bersama beberapa beberapa pemimpin di tempat duduk tetamu jemputan khas terkilan dan terkejut apabila melihat dengan jelas gelagat kurang sopan ditunjukka­n Leandro dan Wander,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia