Harian Metro

Gadis tarik laporan dicabul VVIP Hanya salah faham

- Nor Azizah Mokhtar dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan mendakwa wujud cubaan untuk ‘menutup’ satu kejadian cabul membabitka­n seorang remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang VVIP, baru-baru ini.

Beliau mendakwa VVIP yang juga seorang Ahli Parlimen itu didakwa ‘menekan’ mangsa untuk menarik balik satu laporan polis yang dibuat berhubung

Arau: Kejadian ‘cabul’ yang membabitka­n seorang Ahli Parlimen dengan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu didakwa sebagai salah faham antara mereka.

Ahli Parlimen berkenaan ketika dihubungi berkata, beliau tiada niat untuk menyentuh mangsa hingga keluargany­a melaporkan perkara itu kepada polis.

“Saya sudah kenal mereka lama. Sudah hampir kejadian itu.

Sanjeevan yang dihubungi wartawan mendakwa remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan di dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu, namun hingga kini belum ada sebarang tindakan diambil polis.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam selepas dua tahun dan sewaktu kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat sunyi, tetapi di khalayak ramai.

“Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan yang cerah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga enggan mengulas panjang perkara itu kerana ia dalam siasatan polis dan kenyataan lanjutan dari pihaknya akan diumumkan hari ini. mangsa membuat persembaha­n muzik bersama sebuah kumpulan dalam satu program yang dihadiri lelaki bergelar Datuk Seri itu yang juga seorang bekas menteri.

“Selesai program, seorang individu dikenali sebagai Hassan meminta mangsa berjumpa dengan lelaki berkenaan yang menungguny­a di dalam sebuah kereta.

“Ketika berada di dalam kereta, lelaki itu mendakwa mahu meminta mangsa mengikutny­a ke ibu negara untuk membuat satu persembaha­n di sana selain menjanjika­n bayaran antara RM3,000 ke RM4,000, namun mangsa menolak.

“Ketika itu, lelaki terbabit mengambil kesempatan meraba tubuh mangsa menyebabka­n remaja itu panik dan menangis sebelum bergegas keluar dari kenderaan,” katanya.

Menurutnya, remaja itu kemudian mengadukan perkara itu kepada ibu bapanya sebelum membuat satu laporan di sebuah balai polis di Kangar jam 2.50 pagi keesokanny­a iaitu tidak sampai 3 jam selepas kejadian.

Bagaimanap­un, Sanjeevan mendakwa Datuk Seri yang juga bekas menteri itu dikatakan menekan mangsa dan ibu bapanya untuk menarik balik semula laporan polis yang dibuat.

Ketika ditanya bagaimana kejadian cabul ke atas remaja itu boleh diketahui pihaknya, Sanjeevan berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang individu yang mengetahui kejadian itu dan disampaika­n kepadanya.

Beliau berkata, pihak Mywatch ada menghantar wakilnya ke Kangar untuk bertemu dengan mangsa dan keluargany­a bagi mendapatka­n maklumat lanjut, namun belum berjaya.

„ Pengerusi Mywatch dakwa cuba tutup kes bekas menteri

 ??  ?? SANJEEVAN
SANJEEVAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia