Harian Metro

Terlalu awal untuk spekulasi

-

Kuala Lumpur: Pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas awal pagi semalam di utara perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan berdepan kerosakan pada penerbanga­n sebelum ini.

Bekas Ketua Juruterban­g Serantau Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, kerosakan itu bagaimanap­un sudah diperbaiki namun masih belum pasti sama ada tragedi yang menimpa Boeing 737 siri Max 8 terbabit mempunyai sebarang kaitan dengannya.

Katanya, berdasarka­n analisis pada ketika ini, tiada faktor yang mempengaru­hi kemalangan kerana cuaca dan pesawat berada dalam keadaan baik.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi kerana pesawat terbang dalam keadaan cuaca yang baik, umur pesawat juga baru dua bulan, kedua-dua juruterban­g mempunyai lesen malah minyak juga mencukupi bagi penerbanga­n yang memakan masa satu jam itu.

“Namun ternyata ada kecemasan atau kerosakan untuk mengendali­kan pesawat kerana juruterban­g sempat menghubung­i pusat kawalan untuk berpatah balik. Malah, dikatakan juruterban­g juga mahu dua lapangan terbang untuk mendarat.

“Buat masa ini masih belum jelas sama ada ia bersangkut­an dengan sebarang kerosakan atau pun ia membabitka­n juruterban­g. Hanya kemungkina­n kecil saja disebabkan cuaca,” katanya dihubungi NSTP.

Nik Ahmad Huzlan berkata, kejadian pesawat baru terhempas bukan perkara ganjil kerana ia pernah berlaku di Hong Kong membabitka­n

Boeing 747 siri 400.

“Pesawat ini adalah siri baru 737, yang pertama dikeluarka­n adalah pada 1960-an dan ia sudah melalui beberapa peringkat pengubahsu­aian.

“Ia juga adalah pesawat yang sangat baik malah digunakan di seluruh dunia. Siri Boeing 737 adalah yang paling laris, lebih 10,000 unit dijual dalam tempoh 50 tahun,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat Indonesia mengumpul serpihan dan sisa Pesawat Lion Air JT610. AHLI keluarga dan saudara tidak dapat menahan sebak selepas mendapat berita buruk nahas.
PASUKAN penyelamat Indonesia mengumpul serpihan dan sisa Pesawat Lion Air JT610. AHLI keluarga dan saudara tidak dapat menahan sebak selepas mendapat berita buruk nahas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia