Harian Metro

Sedar suara hilang sebelum konsert

-

memberikan masa untuk Zamani berehat terlebih dahulu sebelum memikirkan apa yang perlu dilakukan.

“Saya belum berjumpa dia. Apabila situasi sudah okey, barulah saya akan berbuat demikian. Pada pandangan peribadi saya, cukuplah dia berada dalam GV dan tarik diri adalah jalan terbaik buatnya,” katanya.

Sementara itu, individu yang bertanggun­gjawab menguruska­n penyertaan Zamani dalam program realiti terbabit, Aalan Ahmad menegaskan adalah tidak adil buat peserta yang tersingkir sebelum ini sekiranya artis kendaliann­ya itu meneruskan persaingan dalam minggu keenam.

Bagaimanap­un, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan sebaliknya memilih menunggu perkembang­an kesihatan Zamani. “Pihak kami keberatan menerima imuniti memandangk­an keadaan kesihatan Zamani masih tidak menentu. Pada masa sama saya rasa tidak adil buat Safura, Elite dan Shafie Rio yang tersingkir sebelum ini jika Zamani meneruskan pertanding­an.

“Apapun, saya belum boleh beri kata putus kerana kena tengok keadaan Zamani. Sekiranya dia tidak menunjukka­n perubahan atau sakit yang dihidapi semakin teruk, baru kami akan putuskan tarik diri,” katanya.

Menurut Aalan, dia terus membawa Zamani pulang ke rumah sebaik saja konsert selesai.

“Emosi Zamani benar-benar terganggu dengan apa yang berlaku. Dia perlukan ruang untuk bertenang sebelum buat sebarang keputusan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia