Harian Metro

Biosimilar lebih murah

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

„ Ubatan biologi mampu kurang kos hingga 40 peratus

tidak berjangkit, termasuk kanser.

Menyedari hakikat itu, katanya, kerajaan menyokong usaha yang dilakukan Inno Bio Ventures Sdn Bhd (Inno Bio) dalam pengeluara­n produk biosimilar, selain menganjurk­an kempen dan program kesedaran mengenai penyakit mengancam nyawa seperti kanser dalam kalangan masyarakat.

“Mengikut statistik Jabatan Pendaftar Kanser Kebangsaan melalui Laporan Pendaftar Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011, sejumlah 103,407 kes kanser baru didiagnosi­s di negara ini dalam tempoh berkenaan.

“Malah, berdasarka­n statistik daripada Fakta Kesihatan 2016 yang diterbitka­n Kementeria­n Kesihatan, kanser adalah punca ketiga kematian iaitu menyumbang 13.6 peratus kematian.

“Ia membimbang­kan kerana jumlah kematian akibat kanser meningkat,” katanya berucap merasmikan Karnival Biosimilar 2018 di Inno Bio di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Biosimilia­r dibuat menggunaka­n protein yang dihasilkan daripada sel hidup.

Namun, ia bukan tiruan yang benar-benar serupa dengan ubatan biologi asal, tetapi hampir mempunyai mutu, keselamata­n dan keberkesan­an sama apabila dibandingk­an dengan produk berlesen

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, penghasila­n produk biosimilar tempatan akan menawarkan ubat kos efektif, selain dapat meningkatk­an kebergantu­ngan terapeutik ubat biologi.

Terdahulu, pada majlis sama, Dr Wan Azizah turut menyaksika­n penyerahan dokumen memorandum persefaham­an (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Inno Bio, Mohd Zaid Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Organisasi Kerjasama Ekonomi D-8, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

 ??  ?? DR Wan Azizah mendengar penerangan daripada Ketua Operasi Biopharmac­eutical, Muhammad Arief Mohd Aziss ketika membuat lawatan ke makmal selepas merasmikan Majlis Pembukan Karnival Biosimilar 2018 di Kompleks Inno Biologics Nilai, semalam.
DR Wan Azizah mendengar penerangan daripada Ketua Operasi Biopharmac­eutical, Muhammad Arief Mohd Aziss ketika membuat lawatan ke makmal selepas merasmikan Majlis Pembukan Karnival Biosimilar 2018 di Kompleks Inno Biologics Nilai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia