Harian Metro

Puteri Jepun berkahwin dengan rakyat biasa

-

Tokyo: Puteri Jepun, Ayako, melepaskan taraf kerabat diraja untuk berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya, semalam.

Majlis perkahwina­n mereka secara tradisiona­l diadakan di Kuil Meiji di sini.

Ayako menjadi kerabat diraja terbaharu melepaskan statusnya itu untuk memilih kehidupan sebagai rakyat biasa.

Puteri berusia 28 tahun, anak perempuan ketiga mendiang sepupu Maharaja Akihito, Putera Takamado, berkahwin dengan Moriya, 32, seorang kakitangan syarikat perkapalan Nippon Yusen.

Pada majlis itu, Ayako memakai berlapis-lapis kimono dan gaya rambut bangsawan sementara pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan seluar kelabu untuk upacara di kuil bagi menghormat­i semangat moyangnya, Mahajara Meiji.

“Saya gembira berkahwin dan dihadiri ramai orang yang mengucapka­n tahniah kepada kami,” kata Ayako pada sidang media selepas majlis perkahwina­n secara tertutup itu.

Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa saja untuk sekurang-kurangnya tiga generasi.

Maharaja Akihito menjadi Putera Mahkota pertama berkahwin dengan orang biasa, iaitu Maharani Michiko. Mereka bertemu di gelanggang tenis.

Ayako terpaksa melepaskan status kerabat dirajanya kerana berkahwin dengan rakyat biasa. Beliau akan dikenali sebagai Ayako Moriya.

Keluarga diraja Jepun berdepan kekurangan pewaris lelaki. Putera Mahkota Naruhito, akan mengambil alih takhta selepas bapanya Akihito turun takhta tahun depan.

Saudara lelakinya Fumihito, anak saudaranya Hisahito serta Masahito iaitu saudara lelaki maharaja terkini ialah empat pewaris lelaki terakhir. - Reuters

 ??  ?? AYAKO (kanan) dan suaminya Kei Moriya tiba di Kuil Meiji untuk majlis perkahwina­n di Tokyo, Jepun. - Agensi
AYAKO (kanan) dan suaminya Kei Moriya tiba di Kuil Meiji untuk majlis perkahwina­n di Tokyo, Jepun. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia