Harian Metro

Kunci mulut lebih baik

- DARI MUKA 42

Dayana hanya kongsi perkara peribadi

di media sosial

“Lagipun, cukuplah dengan apa yang pernah dilalui dulu. Ia menyedarka­n saya supaya berhati-hati dalam memperkata­kan kisah peribadi,” katanya.

Pemilik nama sebenar

Nur Dayana Kamsun Baharin ini berkata kini hal berkaitan peribadi hanya dikongsi di media sosial seperti Instagram (IG).

“Apa saja aktiviti saya akan kongsi foto di IG. Jadi, yang mengikuti saya di media sosial akan tahu.

“Buat apa lagi saya berbicara lanjut mengenainy­a kerana kunci mulut itu adalah langkah terbaik,” katanya.

Mengulas perkembang­an karier, Dayana berkata dia akan muncul dengan drama seram Mata Ketiga di portal Tonton.

Selain Dayana, drama itu turut dibintangi Hafreez Mikhail, Iesha Riana, Fimie Don dan Mustaqim Bahadon

Disiarkan sebanyak 16 episod sebagai drama siri asal Tonton, Mata Ketiga lebih menjurus pada kisah mistik dan persahabat­an.

Baru-baru ini, Dayana turut membintang­i telefilem Rama Rama di ntv7 dan memegang watak sebagai Sofea.

Menerusi telefilem Rama Rama itu, Dayana pertama kali berganding dengan pelakon berkaliber Nabila Huda.

“Walaupun baru pertama kali berganding­an, kami serasi dan seakan-akan sudah lama berkawan.

“Sebaik bersetuju terbabit dalam drama ini, saya terus hubungi Nabila dan kami berbincang untuk watak masingmasi­ng,” katanya.

Dayana berkata dia puas melakonkan watak Sofea kerana ia berbeza daripada lakonan yang pernah dipersemba­hkan sebelum ini.

Sekalipun tidak cerewet, Dayana berharap berpeluang membawakan pelbagai karakter untuk mencabar keupayaan diri.-Norhayati Nordin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia