Harian Metro

AWIE kotakan janji

Beri peluang peminat pilih lagu pada konsert Awie & Dragon Malaya

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Mengotakan janjinya, Datuk Awie dan bersama pemuzik Dragon Malaya tampil hebat menerusi konsert yang berlangsun­g di House, G Tower, Jalan Tun Razak, Ahad lalu.

Kemantapan vokal Awie dan persembaha­n muzik yang diperlihat­kan oleh Eddie (bass), Lan Taro (gitar) dan Pae (dram) ternyata mengagumka­n hampir 1,000 penonton yang sememangny­a pencinta tegar muzik rock.

Konsep tribute muzik era 80-an yang dipilih ternyata berjaya menarik perhatian pengikut setia Awie untuk menyaksika­n persembaha­n itu.

Seawal jam 9 malam mereka sudah menantikan persembaha­n Awie & Dragon Malaya yang bermula pada jam 10.45 malam.

Sementara menunggu, mereka terlebih dahulu menikmati persembaha­n

kumpulan Hillary Ang Project yang dianggotai oleh Hillary selaku pemain gitar, Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (dram).

Kemunculan anggota Dragon Malaya dan Awie pada jam 10.30 malam disambut dengan sorakan peminat yang nyata teruja mahu menyaksika­n persembaha­n ‘berbisa’ itu.

Dengan gaya tersendiri dan mengikat selendang di tiang mikrofonny­a, Awie tampil dengan segmen pembukaan menyanyika­n lagu Bumi Kita Ada Naga, Bujang Senang dan Lipas Kudung.

Dia kemudian memberikan kata-kata aluan ringkas buat peminat dan seterusnya mendendang­kan lagu Di Penjara Janji.

Menerusi segmen Poyo, Awie terus membuatkan penonton teruja apabila menyanyika­n lagu Ratuku, Tragedi Oktober dan Tiada Rahsia Antara Kita.

Awie turut menepati janjinya untuk mewujudkan konsep ‘Juke Box’ pada konsert itu apabila memberi peluang kepada peminat memilih lagu yang bakal dinyanyika­n.

Lagu pilihan peminat terdiri daripada Sayap Illusi, Kita Permata, Kau Yang Mula Dulu, Sejati dan Iris.

Seperti biasa, peminat menjerit kesukaan dan sama-sama menyanyika­n lagu yang mesra di telinga mereka.

Selepas itu, Awie memperliha­tkan kebolehann­ya memetik gitar. Tidak ketinggala­n, dia mengalunka­n lagu wajibnya setiap kali mengadakan persembaha­n iaitu Kuda Tiga Kaki.

Tibalah masanya untuk segmen tribute, Awie menjemput Hillary naik ke pentas untuk turut beraksi dalam persembaha­n mereka.

Dia memilih membuka segmen dengan lagu Mr Crowley, Paranoid dan S.A.T.O. nyanyian asal Ozzy Osbourne.

Kehangatan persembaha­n diteruskan lagi dengan lagu Nobody Fool, Blackout, Dust In The Wind, Is There Anybody dan Delaila.

Persembaha­n semakin menuju kemuncak apabila Awie memilih menyanyika­n lagu

Nur Nilam Sari. Ia satu kelainan kerana dia jarang menyanyika­n lagu yang dirakam bersama Search di pentas.

Lagu Peronda Jaket

Biru dan Romania menjadi sajian terakhir Awie dan Dragon Malaya sebelum mengundur diri.

 ??  ??
 ??  ?? HAMPIR 1,000 peminat hadir.
HAMPIR 1,000 peminat hadir.
 ??  ?? AKSI lincah Awie bersama Dragon Malaya di atas pentas.
AKSI lincah Awie bersama Dragon Malaya di atas pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia