Harian Metro

Kecewa sikap hipokrit segelintir artis baru

-

SS tumpang bangga dengan pencapaian beberapa artis baru yang kini sedang meniti puncak populariti dalam lakonan.

Maklumlah, dahulunya mereka ibarat Budak

Baru Nak Up (BBNU) tapi semakin lama semakin menunjukka­n kematangan dalam lakonan sekali gus menduduki senarai pelakon utama diminati peminat.

Namun, seorang rakan SS yang menjadi antara individu terawal memperkena­lkan nama ini dalam industri hiburan mengaku sangat berkecil hati dengan sikap hipokrit mereka ketika awal-awal mencari peluang berlakon.

Katanya, apabila dapat peluang, pelbagai kata-kata pujian dan yang positif diucapkan antaranya akan kenang budi, akan ambil berat perkembang­an individu ini dan sebagainya.

Bagaimanap­un, selepas popular, skrip sudah bertukar apabila langsung tak bertanya khabar individu tadi. Buat majlis pun langsung tak diajak.

Dia bukanlah nak ungkit tapi kesal kerana mudah sangat mereka ini hanyut dalam populariti. Sedangkan apa salahnya jika mereka kenang jasa. Bukannya dia nak minta wang pun.

SS percaya hidup kita ibarat roda. Mungkin apabila zaman kegemilang­an mereka berakhir, barulah pelakon ini sedar diri dan kembali mendekati individu tadi.

SS: Selalu juga bengang dengan artis yang susah menjawab mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp sedangkan di laman sosial Instagram dan Facebook aktif pula muat naik aktiviti terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia