Harian Metro

Olivia budak ‘bionik’

-

Tidak berasa sakit biarpun dilanggar

atau diseret kereta di atas jalan

setiap tiga simptom serentak.

Ibunya, Niki Trepak, 32, berkata, keadaan anaknya itu menyebabka­n Olivia tidak berasa takut.

“Dia dilanggar dan diseret kereta tetapi langsung tidak merengek.

“Jarak dia diseret sejauh 10 kereta di atas jalan raya. Kejadian itu agak dasyat dan tidak mungkin saya boleh melupakann­ya.

“Saya dan anak yang lain menjerit ketakutan ketika dia berlari keluar tetapi Olivia hanya bertanya ‘Apa yang berlaku?’ sebelum bangun dan berjalan ke arah saya,” katanya.

Niki berkata, kemalangan seperti itu boleh menyebabka­n kecederaan parah kepada sesiapa saja kerana impak perlanggar­an itu terlalu kuat.

“Disebabkan impak kuat itu, dia sepatutnya mengalami kecederaan. Malah ada kesan tayar pada dadanya namun dia hanya tergeser kulit pada ibu kaki atau pinggangny­a.

“Doktor berasakan apa yang menyelamat­kannya daripada mengalami kecederaan ialah kerana dia tidak panik,” katanya.

Ibu lima anak itu berkata, Olivia menunjukka­n tanda masalah itu ketika dia hanya berusia beberapa bulan.

Katanya, dia tidak pernah menangis ketika bayi dan tak tidur pada siang sejak berusia sembilan bulan selain rambut tidak tumbuh secara normal hingga berusia empat tahun.

“Dia cerewet makan dan hanya minum susu kocak serta mi ayam. Dia pernah makan sandwic disapu mentega selama setahun. Dia tidak lapar dan saya tidak boleh mengugutny­a dengan habuan supaya makan seperti kanak-kanak lain kerana dia memang tidak peduli.

“Dia pernah terjatuh hingga terkoyak bibir menyebabka­nnya terpaksa menjalani pembedahan, tetapi Olivia tidak berkata apa-apa,” katanya.

Walaupun disifatkan periang, Olivia kadangkala menjadi pemarah selain bergantung kepada ubat untuk tidur.

Niki yang juga ibu kepada Ella Mae, 12, Bradlee, 10, Archie, 6, dan Poppy berusia empat tahun menyertai kumpulan sokongan kromosom dikenali sebagai Unique.

Ketua eksekutifn­ya yang juga bekas penyelidik biologi, Dr Beverly Searle berkata, Olivia adalah satu-satunya kes yang pernah didengarin­ya.

“Mungkin tidak ada orang sepertinya di luar sana. Anda tidak boleh merawat masalah kromosom tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengurangk­an simptom.

“Kami mencari padanan dan menyediaka­n maklumat kepada keluarga yang sekali gus memberi peluang menjalin persahabat­an serta mendapat sokongan,” katanya.- Agensi

 ??  ?? OLIVIA tidak berasa lapar dan mampu
berjaga tanpa tidur selama tiga hari.
OLIVIA tidak berasa lapar dan mampu berjaga tanpa tidur selama tiga hari.
 ??  ?? Mungkin tidak ada orang sepertinya di luar sana. Anda tidak boleh merawat masalah kromosom tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengurangk­an simptom
Mungkin tidak ada orang sepertinya di luar sana. Anda tidak boleh merawat masalah kromosom tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengurangk­an simptom
 ??  ?? OLIVIA bersama ibu dan empat adik-beradiknya.
OLIVIA bersama ibu dan empat adik-beradiknya.
 ??  ?? KEADAAN Olivia seperti biasa walaupun terlantar di hospital selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta.
KEADAAN Olivia seperti biasa walaupun terlantar di hospital selepas dilanggar dan diseret sebuah kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia