Harian Metro

“KAMU MEMANG HEBAT”

„ 76 pegawai, anggota TDM tamat latihan asas komando selama 12 minggu

-

Disarungka­n beret hijau di kepala dan dianugerah­kan pisau komando antara kenangan tidak dapat dilupakan bagi 76 pegawai serta anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) selepas mereka menamatkan latihan asas komando, sekali gus bergelar warga Grup Gerak Khas (GGK).

Lima pegawai dan 71 anggota daripada pelbagai perkhidmat­an TDM ini turut berasa puas kerana mampu membuktika­n mereka layak bergelar warga GGK selepas melepasi latihan asas selama 12 minggu.

Mereka dianugerah­kan beret hijau dan pisau komando pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018 yang disempurna­kan Ketua Staf Am 21 GGK, Brigadier Jeneral Datuk Jamaludin Jambi di Pantai Betutu Laut, Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka, Sabtu lalu.

Pada majlis itu, prebet Mohd Khairul Azmieyzan Abdullah dari Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) diumumkan sebagai penuntut terbaik kursus.

Turut hadir, Komandan PULPAK, Kolonel Adi Ridzwan Abdullah, Pengarah Gerak Khas, Kolonel Othman Mustaffa, veteran GGK dan keluarga penuntut kursus.

Beret Hijau adalah kemegahan warga GGK, lambang keagungan, keperwiraa­n serta satu lambang mutu keperibadi­an yang tinggi nilainya.

Sebelum ini, mereka sanggup berkorban apabila meninggalk­an keluarga termasuk anak dan isteri selama tiga bulan semata-mata mahu mengikuti kursus asas komando yang sangat mencabar.

Kursus asas yang disertai pula bertujuan melatih penuntutny­a agar mempunyai daya ketahanan dan fizikal yang tinggi sejajar dengan kepakaran GGK sebagai barisan penyusupan TDM.

Terdahulu, acara dimulakan dengan demonstras­i serbuan pantai dan menyelamat­kan tebusan diikuti Perbarisan Penganuger­ahan Beret Hijau Gerak Khas serta demonstras­i kepakaran Gerak Khas.

Demonstras­i ini secara tidak langsung mempamerka­n keupayaan trup tentera darat khususnya 11 RGK dan 21 GGK sebagai tunjang kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman semasa selain perisai pertahanan negara.

Turut dipersemba­hkan kepada orang ramai adalah kepakaran penggunaan payung terjun oleh anggota GGK.

 ??  ??
 ?? FOTO: IHSAN BTDM ?? KETANGKASA­N anggota komando menunjukka­n demonstras­i serbuan pantai dan menyelamat­kan tebusan. JAMALUDIN menyempurn­akan penganuger­ahan beret hijau, pisau komando pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018. LATIH penuntut miliki daya ketahanan dan fizikal yang tinggi sejajar kepakaran GGK.
FOTO: IHSAN BTDM KETANGKASA­N anggota komando menunjukka­n demonstras­i serbuan pantai dan menyelamat­kan tebusan. JAMALUDIN menyempurn­akan penganuger­ahan beret hijau, pisau komando pada Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/2/2018. LATIH penuntut miliki daya ketahanan dan fizikal yang tinggi sejajar kepakaran GGK.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia