Harian Metro

KES CABUL - AHLI PARLIMEN DISIASAT 7 JAM

„ Rakaman percakapan Ahli Parlimen ambil masa kerana kerap kali minta berhenti rehat

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Ahli Parlimen dari Perlis disoal siasat polis hampir tujuh jam, semalam, susulan dakwaan mencabul seorang remaja perempuan bawah umur dalam kejadian pada 20 Oktober lalu.

Sumber berkata, beliau yang juga bekas menteri tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, jam 10 pagi.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) mengambil masa agak lama berikutan Ahli Parlimen itu beberapa kali meminta untuk berhenti rehat kerana tidak sihat.

“Ahli Parlimen itu tiba di Bukit Aman untuk siasatan sekitar jam 10 pagi tadi (semalam) dan soal siasat mengambil masa agak lama disebabkan pegawai terpaksa berhenti merakam percakapan beberapa kali untuk memberi ruang kepadanya berehat.

“Ini kerana Ahli Parlimen itu memaklumka­n tidak berapa sihat dan mohon untuk berehat ketika soal siasat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber itu berkata, polis hanya selesai merakam percakapan­nya jam 5 petang dan berkemungk­inan akan memanggiln­ya semula jika ada keperluan berbuat demikian.

Ahad lalu, media melaporkan Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia Datuk R Sri Sanjeevan mendakwa wujud cubaan untuk ‘menutup’ satu kejadian cabul remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang VVIP, baru-baru ini.

Sanjeevan mendakwa, remaja perempuan itu dicabul Ahli Parlimen berkenaan dalam sebuah kereta di Kangar, Perlis, 20 Oktober lalu namun hingga kini belum ada sebarang tindakan diambil polis.

Katanya, kejadian berlaku jam 11.30 malam selepas mangsa membuat persembaha­n muzik bersama sebuah kumpulan dalam satu program dihadiri lelaki bergelar Datuk Seri itu yang juga bekas menteri.

Remaja itu mengadukan perbuatan berkenaan kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan di sebuah balai polis di Kangar jam 2.50 pagi keesokanny­a, tidak sampai tiga jam selepas kejadian.

Susulan itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, kelmarin, memaklumka­n polis masih melakukan siasatan mengenai kes itu biarpun pengadu iaitu remaja berusia 15 tahun menarik balik laporan polis yang dibuat.

Katanya, polis merekodkan keterangan 10 individu termasuk Ahli Parlimen berkenaan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia