Harian Metro

TARAN PESAWAT MALANG

-

Pesawat Lion Air JT610 yang terhempas kelmarin memang bermasalah sehari sebelum kejadian ketika dalam perjalanan dari Denpasar ke Jakarta. Dua selebriti Indonesia yang menaiki penerbanga­n itu menceritak­an pengalaman buruk termasuk kelewatan, pesawat berpatah balik di landasan, penghawa dingin tidak berfungsi dan pesawat naik serta turun ketika penerbanga­n hingga ada

penumpang muntah.

„ Pengacara televisyen TransTV dedah masalah teknikal pesawat Lion Air JT610 sehari sebelum kejadian

Seorang pengacara televisyen Indonesia, Conchita Caroline mendedahka­n pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pagi Isnin lalu sudah mengalami beberapa masalah ketika dia menaiki penerbanga­n itu dari Denpasar ke Jakarta, sehari sebelum kejadian.

Pengacara TransTV itu berkata, dia bersama beberapa kru stesen berkenaan menaiki pesawat JT610 dari Bali ke Jakarta pada malam Ahad lalu sebelum ia terhempas ketika meneruskan penerbanga­n ke Pangkal Pinang pada pagi Isnin.

Hasil semakan Harian Metro mendapati pesawat sama dengan nombor pendaftara­n PK-LQP jenis Boeing 737 MAX 8 digunakan untuk penerbanga­n Denpasar ke Jakarta pada jam 7.30 petang yang sudah mengalami masalah teknikal seperti didedahkan Conchita.

Berdasarka­n maklumat yang dikongsi Flightrada­r 24, pesawat itu digunakan untuk penerbanga­n Denpasar ke Jakarta pada 28 Oktober iaitu sehari sebelum nahas dan mengalami kelewatan kira-kira dua jam berikutan masalah teknikal.

Hasil semakan juga mendapati pesawat dengan nombor pendaftara­n sama digunakan untuk penerbanga­n Jakarta ke Pangkal Pinang menggunaka­n kod penerbanga­n JT610 sebelum terhempas kira-kira 13 minit sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta.

Conchita yang menceritak­an pengalaman itu dalam Instagramn­ya memberitah­u, mengikut jadual penumpang perlu menaiki pesawat itu pada jam 6.15 petang tetapi tergendala akibat masalah teknikal sebelum dibenarkan masuk pada jam 7.30 malam.

Katanya, apabila semua penumpang masuk ke dalam kabin, enjin pesawat itu beberapa kali mati dan penyaman udara juga tidak berfungsi menyebabka­n beberapa kanak-kanak menangis kerana kepanasan.

“Ketika pesawat itu bergerak ke landasan ia tiba-tiba berhenti sebelum berpatah balik ke parkir atas masalah teknikal yang tidak diberitahu kru.

“Pesawat berada di parkir selama 30 minit dengan keadaan panas kerana penyaman udara tidak berfungsi. Ada anak kecil yang menangis dan muntah kerana kepanasan. Enjin pesawat juga berbunyi ganjil dan lantai berasa panas,” katanya.

Menurutnya, dia menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai berkenaan pengesahan pesawat yang dinaiki olehnya bersama rakan lain.

“Bukan saya menceritak­an pengalaman untuk merumitkan situasi tetapi apa yang ditekankan adalah kurangnya komunikasi antara kru kabin dan penumpang berhubung kelewatan penerbanga­n,” katanya.

Conchita berkata, seharusnya jaminan keselamata­n diambil kira apabila melihat keadaan pesawat yang sudah keluar parkir dan bersedia untuk berlepas namun terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal.

Beliau berkata, jika pesawat yang dinaikinya bukan pesawat yang digunakan untuk laluan JT610, ternyata banyak pesawat milik Lion Air yang bermasalah dan perkara itu seharusnya dipandang serius oleh syarikat penerbanga­n itu.

Sementara itu, selebriti Instagram Indonesia, Aphrodita Mayangsari yang turut menaiki penerbanga­n dari Denpasar ke Jakarta itu turut menceritak­an bagaimana pesawat itu turun dan naik sepanjang perjalanan.

“Pesawat itu beberapa kali turun dan naik seperti mahu terhempas. Beberapa penumpang termasuk rakan saya muntah,” katanya.

Dalam hal sama, BBC melaporkan, log teknikal pesawat mendedahka­n panel bacaan kelajuan udara antara kapten dan pegawai pertama tidak sama.

“Mengenal pasti panel peralatan kapten tidak boleh digunakan dan diserahkan kawalan kepada pegawai pertama.

“Sambung NNC (Non Noise

Certified) daripada Kelajuan Udara tidak boleh digunakan dan ALT tidak sejajar,” menurut log teknikal itu.

 ??  ?? CONCHITA
APHRODITA
CONCHITA APHRODITA
 ??  ?? “Ketika pesawat itu bergerak ke landasan ia tiba-tiba berhenti sebelum berpatah balik ke parkir atas masalah teknikal yang tidak diberitahu kru”
Conchita Caroline
“Ketika pesawat itu bergerak ke landasan ia tiba-tiba berhenti sebelum berpatah balik ke parkir atas masalah teknikal yang tidak diberitahu kru” Conchita Caroline
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia