Harian Metro

Tak setuju bayar RM700

„ Ibu terkilan pengasuh lepas geram dera anak gara-gara enggan tambah bayaran asuhan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

“Apa dosa anak saya diperlakuk­an sebegitu sehingga tidak sedarkan diri. Hanya disebabkan permintaan untuk menaikkan bayaran asuhan tidak dipersetuj­ui, anak saya menjadi mangsa dia melepaskan geram,” luah ibu bayi lelaki yang kini koma dipercayai didera pengasuh di Batu Kawa di sini.

Wanita berusia 17 tahun itu berkata, anaknya yang berusia 14 bulan dihantar dalam keadaan sihat namun tidak menyangka keengganan­nya untuk menuruti permintaan pengasuh berusia 23 tahun itu untuk menaikkan bayaran asuhan menyebabka­n anaknya didera.

Katanya, pengasuh terbabit dikenali menerusi laman sosial Facebook (FB) dan dia menawarkan perkhidmat­an asuhan kanak-kanak dengan bayaran RM200 sebulan.

“Saya dan suami bertemu dengan wanita itu sebelum bersetuju dengan tawaran diberikan. Namun selepas beberapa hari menghantar anak, dia meminta bayaran asuhan dinaikkan sehingga RM700.

“Kami tidak bersetuju dengan permintaan­nya yang keterlalua­n dengan memberi alasan makan dan minum anak serta sering lewat mengambil anak menjadi punca bayaran asuhan dinaikkan.

“Bayaran asuhan memang belum dijelaskan kerana anak kami baru diasuh tiga minggu lalu dan alasan diberikan wanita terbabit yang kami tidak membayar upah kepadanya adalah tidak benar,” katanya ditemui di perkaranga­n Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di sini, semalam.

Katanya, pada hari kejadian, wanita terbabit mengirim pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp mengatakan anaknya menangis tanpa henti.

Menurutnya, dia dan suami yang berusia 21 tahun bergegas dari tempat kerja dengan menunggang motosikal untuk mengambil anak mereka.

Bagaimanap­un, pasangan berkenaan terkejut melihat anak dalam keadaan tidak bernafas dan pucat.

“Saya dan suami panik namun bersyukur kerana ada seorang lelaki sudi menghantar kami ke HUS untuk rawatan dengan menaiki keretanya,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n pemantauan rapi doktor, anaknya memerlukan bantuan alat pernafasan namun jangkitan kuman pada paru-paru pulih.

Katanya, dia dan suami berdoa supaya anak mereka pulih dan akan lebih berhati-hati selepas ini untuk menghantar anak ke rumah pengasuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhasaan berkata, polis meneruskan siasatan terhadap suspek dan berkemungk­inan tempoh reman berakhir hari ini dilanjutka­n.

“Polis perlu melengkapk­an siasatan dengan mendapatka­n keterangan daripada ibu bapa mangsa namun setakat ini tiada sebarang tangkapan baru dibuat,” katanya.

Harian Metro kelmarin melaporkan, bayi lelaki berusia 14 bulan koma selepas dipercayai didera pengasuhny­a selain tidak diberikan makan dan minum sepanjang asuhan sejak tiga minggu lalu.

 ??  ?? AHLI keluarga bayi yang koma selepas didera pengasuh menunggu di pekarangan unit rawatan rapi HUS.
AHLI keluarga bayi yang koma selepas didera pengasuh menunggu di pekarangan unit rawatan rapi HUS.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia