Harian Metro

Budak balik lambat reka cerita diculik

-

Jaya: Berlakon seolah-olah diculik penjenayah berpakaian badut sebelum dipukul dan ditinggalk­an dalam keadaan lemah tidak bermaya.

Itu antara wayang dilakukan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sanggup mereka-reka cerita palsu mendakwa diculik hanya kerana dia pulang lambat selepas bermain basikal lajak di Puchong Permai di sini, kelmarin.

Sumber memberitah­u, kanak-kanak itu dikatakan berjanji bersama beberapa rakan untuk bermain basikal lajak di sebuah lokasi di Puchong Permai yang terletak empat kilometer dari kediamanny­a di Jalan PU 9, di sini.

Kanak-kanak itu dipercayai mengayuh basikalnya bersendiri­an ke sana namun rakan yang berjanji menunggu di situ tidak muncul.

“Akibat mengayuh jauh, kanak-kanak itu keletihan selain tidak mahu pulang ke rumah kerana takut dimarahi ibu bapanya kerana menjelang malam.

“Dia dipercayai memperdaya seorang lelaki supaya membantu menghubung­i ibu bapanya dengan alasan dia menjadi mangsa culik,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, susulan siasatan dijalankan mendapati kanak-kanak itu keluar dari rumah tanpa pengetahua­n ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu melakukan aktiviti berbasikal dalam tempoh lama (pada hari kejadian) dan kerana takut dimarahi ibu bapanya, dia mengada-adakan cerita diculik.

“Kes diklasifik­asikan sebagai NFA (tiada tindakan susulan) dan kanak-kanak itu diberikan amaran. Ini kerana dia masih muda dan tidak memikirkan natijah membuat laporan palsu,” katanya.

Kejadian itu menjadi tular selepas mesej berhubung kejadian penculikan menjadi viral dipercayai disebarkan pihak kariah masjid di kediaman keluarga kanak-kanak berkenaan kepada awam dengan tujuan sebagai peringatan.

 ??  ?? BUDAK berusia 12 tahun mendakwa dirinya diculik dibawa untuk rawatan di hospital sebelum polis mengesahka­n kanak-kanak itu mereka cerita.
BUDAK berusia 12 tahun mendakwa dirinya diculik dibawa untuk rawatan di hospital sebelum polis mengesahka­n kanak-kanak itu mereka cerita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia