Harian Metro

Padah beri sewa baju pengantin curi

-

Kepala Batas: Selepas lebih tiga bulan ‘mencari pendapatan’ dengan menyewakan pakaian pengantin yang dicuri, empat suspek ditahan polis pada tiga serbuan berasingan di Seberang Jaya, Bayan Baru dan Taman Merbau dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 20 hingga 39 tahun terdiri daripada suami isteri, seorang lelaki dan seorang wanita itu ditahan menerusi Op Pintu dijalankan jam 12 tengah hari oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pada 8 Julai lalu, seorang pemilik butik pakaian pengantin membuat laporan mengatakan premisnya di Lorong Seri Merbau, Sungai Dua, di sini dipecah masuk.

“Mangsa yang tiba di butiknya mendapati keadaan premis berselerak dan terdapat kesan umpil pada pintu kayu tingkat atas kedainya.

“Mangsa kerugian RM16,000 selepas penjenayah melarikan pakaian pengantin miliknya,” katanya pada kenyataan semalam.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati, suami isteri itu menyediaka­n khidmat sewa baju pengantin dan menjalanka­n perniagaan mereka di rumah.

“Dua lagi suspek bertindak sebagai orang tengah dengan menjual barang yang dicuri kepada suami isteri terbabit,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Semua suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK memberi sewa pakaian pengantin yang dicuri ditahan polis.
SUSPEK memberi sewa pakaian pengantin yang dicuri ditahan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia