Harian Metro

Pensyarah nafi salah guna kuasa

-

Butterwort­h: Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas sembilan pertuduhan salah guna kuasa dan kedudukann­ya mendapatka­n suapan dengan meluluskan syarikat milik adik kandungnya membekalka­n pelbagai barangan bagi jabatan tempat dia bekerja.

Tertuduh, Badaruddin Mohamed, 53, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Nizam Zakaria.

Bagi tujuh pertuduhan, Badaruddin didakwa menggunaka­n jawatannya sebagai Pengarah Pejabat Komunikasi Strategik USM untuk mendapatka­n suapan bagi adik kandungnya, Mustafa Kamal Mohamed, dengan meluluskan syarikat milik adiknya itu, Syarikat MK Urusniaga (M) Sdn Bhd sebagai pembekal bagi kerja membekalka­n pelbagai barangan dan cenderahat­i seperti

dan semuanya

yang bernilai RM153,793 kepada Pejabat Komunikasi Strategik USM antara 23 September 2011 dan 23 November 2012.

Bagi dua lagi pertuduhan terhadapny­a, tertuduh didakwa menggunaka­n jawatannya sebagai Ketua

USM untuk mendapatka­n suapan bagi adik kandungnya, Mustafa Kamal dengan meluluskan syarikat milik adiknya itu, Syarikat MK Urusniaga (M) Sdn Bhd sebagai pembekal 30 bernilai Rm3,450 dan biometrik pejabat bernilai RM2,920 kepada Pejabat Sustainabl­e Tourism Research Cluster USM antara 5 September 2011 dan 14 Mei 2012.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah dan tertuduh diwakili peguam Rahmatulla­h Baharuden.

Nizam menetapkan jaminan RM24,500 dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 29 November depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM membawa Badaruddin ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h, Pulau Pinang.
PEGAWAI SPRM membawa Badaruddin ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia