Harian Metro

Kahwin olok-olok

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

„ Zulin buat persiapan rakaman muzik video Dan Ketika Itu

“Itu bukan majlis perkahwina­n saya. Ia hanya penggambar­an muzik video lagu Dan Ketika Itu,” kata pelakon dan pengacara

Zulin Aziz, 28, mengenai gambar persiapan majlis perkahwina­n yang dimuat naik di Instagram, kelmarin.

Gambar dan keterangan pada gambar yang dimuat naik itu seolah-olah memberi gambaran bekas penyampai radio itu bakal bernikah pagi semalam.

Zulin ketika dihubungi berkata, lagu itu sebenarnya dicipta untuk majlis pernikahan­nya yang sepatutnya berlangsun­g baru-baru ini tetapi dibatalkan.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz turut menafikan ia adalah gimik kerana pembatalan perkahwina­n sudah dijelaskan sebelum ini.

“Lagu itu sudah lama disiapkan dan sepatutnya menjadi kejutan pada hari bahagia saya. Namun, bukan jodoh saya apabila segala dirancang punah dan impian untuk bergelar raja sehari tidak kesampaian.

“Alang-alang lagu sudah ada, jadi saya ambil keputusan untuk siapkan muzik video. Tak dapat kahwin betul, kahwin dalam muzik video pun jadilah.

“Jalan cerita memaparkan pengalaman saya dan diselitkan mesej positif.

Saya berharap peminat dan orang ramai tidak salah faham,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Zulin turut mengubah lirik lagu itu bagi disesuaika­n dengan situasi sekarang.

“Lagu ini tidak akan diterbitka­n sebagai single. Ia hanya boleh ditonton di YouTube bermula 3 November ini,” katanya.

 ??  ?? PERSIAPAN majlis yang heboh di media sosial. ZULIN nafi buat gimik.
PERSIAPAN majlis yang heboh di media sosial. ZULIN nafi buat gimik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia