Harian Metro

Scha, Awal tuntut RM345,305 terhadap D’Haja

-

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya membuat tuntutan sebanyak RM345,305 terhadap syarikat D’Haja yang didakwa melanggar perjanjian pengedaran kedua minyak wangi eksklusif mereka iaitu Blue dan Maroon.

Awal, 37, atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia bersama isterinya ingin mendapatka­n hak mereka semula daripada pihak terbabit selaku pengedar tunggal minyak wangi itu sejak dua tahun lalu.

“Perkara ini sudah berlarutan lama. Kami sudah cuba minta dan dapatkan hak kami tetapi gagal. Jadi, selepas berbincang dengan peguam, masing-masing sepakat untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

“Kami failkan kes ini pada April lalu. Saya harap perkara ini selesai cepat dan baik-baik saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Awal, pihaknya juga terbuka sekiranya pihak defendan ingin mengadakan rundingan luar mahkamah.

“Buat masa sekarang belum ada lagi, tetapi kami mengambil sikap terbuka,” katanya.

Pada waktu sama, mereka melalui Peguam Raja Riza & Associates juga sudah menghantar tuntutan kepada pengasas kosmetik, Rita Sosilawati atas kesalahan representa­si berhubung perniagaan minyak wangi itu.

“Setakat ini pihak peguam kami sudah menghantar surat tuntutan kepada syarikat beliau, tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak mereka,” katanya.

Terdahulu, pada 30 April lalu Scha, 35, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir dan Awal selaku plaintif memfailkan saman terhadap D’Haja (M) Sdn Bhd selaku defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM300,000 atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian berhubung penjualan produk minyak wangi yang dikeluarka­n pasangan selebriti itu.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan suami isteri itu mendakwa mereka memasuki perjanjian dengan D’Haja untuk tempoh dua tahun bermula 11 Oktober 2016 hingga 10 Oktober tahun ini dan melantik syarikat berkenaan sebagai pengedar eksklusif.

Kedua-dua plaintif mendakwa selaras dengan perjanjian itu, mereka memesan 20,000 botol minyak wangi daripada Eree Internatio­nal Sdn Bhd dan membuat pembayaran berjumlah RM310,000 melalui dua pembayaran masing-masing pada 11 Oktober 2016 dan 11 Januari 2017.

Mereka mendakwa pada 12 Februari 2017, defendan menerima 20,000 botol minyak wangi daripada Eree Internatio­nal bagi pihak pasangan suami isteri itu dan melalui pesanan penghantar­an itu, defendan mengesahka­n menerima 20,000 botol minyak wangi dalam keadaan baik dan teratur serta menetapkan harga jualan sebotol minyak wangi pada harga RM55.

Kedua-dua plaintif mendakwa defendan gagal untuk memastikan 20,000 botol minyak wangi yang diterima daripada pengeluar berada dalam keadaan baik dan teratur serta gagal memulangka­n 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak kepada mereka, selain gagal menyediaka­n rekod transaksi jualan selaras dengan perjanjian berkenaan.

 ??  ?? AWAL dan Scha tuntut hak selepas defendan didakwa langgar perjanjian.
AWAL dan Scha tuntut hak selepas defendan didakwa langgar perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia