Harian Metro

Kumpul sampel 152 waris

-

Jakarta: Polis menjalanka­n ujian DNA mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas ke dalam Laut Jawa pagi kelmarin dan mengumpul sampel daripada 152 waris penumpang di Hospital Polis Bhayangkar­a di Kramat Jati, Timur Jakarta.

Timbalan Ketua Polis Indonesia, Ari Dono Sukamto berkata, 15 pakar forensik dan DNA bertugas mengenal pasti cebisan mayat yang ditemui Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) di Laut Jawa.

“Basarnas setakat ini mengumpul 24 beg mayat, sesetengah­nya mengandung­i cebisan mayat, bukan mayat yang lengkap,” kata Ari dalam sidang media, semalam.

Ketua Basarnas, Muhammad Syaugi berkata, 10 beg mayat mengandung­i cebisan tubuh dan baki 14 beg mengandung­i serpihan pesawat dan barangan peribadi dipercayai milik mangsa nahas.

Sementara itu, suasana pilu dapat dilihat di pekarangan hospital apabila keluarga mangsa menangis sambil memegang dokumen yang mungkin dapat membantu mengenal pasti mangsa termasuk sijil diploma, kad pengenalan keluarga dan sebagainya.

Terdahulu, pengawal trafik udara (ATC) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta terputus hubungan dengan pesawat JT610 sejurus ia berlepas 6.20 pagi kelmarin.

Pesawat itu dijadualka­n tiba pada jam 7.20 pagi di Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang, Bangka Belitung.

Kapal terbang terbabit membawa 189 orang termasuk 178 dewasa, tiga kanak-kanak, dua juruterban­g dan enam kru kabin.

Selain itu, Ketua Polis Jawa Barat, Agung Budi Maryoto menggesa penduduk tempatan membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan kru dan penumpang pesawat malang itu.

“Saya meminta penduduk dan nelayan menyertai rondaan pantai di sepanjang garisan pantai kerana ombak datang ke arah ini (Pantai Pakisjaya),” kata Agung dipetik agensi Antara.

Katanya, mereka yang menemui serpihan atau cebisan mayat perlu melaporkan segera kepada pasukan bersama yang berada di Pantai Pakisjaya. Agung menasihatk­an, maklumat perlu disalurkan kepada pusat arahan SAR di Pelabuhan Tanjung Priok di Utara Jakarta. - Agensi

 ??  ?? KEADAAN kawasan pesawat terhempas di Laut Jawa, Indonesia.
KEADAAN kawasan pesawat terhempas di Laut Jawa, Indonesia.
 ??  ?? PASUKAN penyelamat Indonesia mengemas kini rekod penemuan cebisan mayat mangsa.
PASUKAN penyelamat Indonesia mengemas kini rekod penemuan cebisan mayat mangsa.
 ??  ?? PEGAWAI menyemak dokumen berkaitan penumpang nahas pesawat Lion Air flight JT610.
PEGAWAI menyemak dokumen berkaitan penumpang nahas pesawat Lion Air flight JT610.
 ??  ?? BARANG dipercayai milik mangsa ditemui.
BARANG dipercayai milik mangsa ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia