Harian Metro

MENJUNAM KE DASAR LAUT

-

kepulan asap.

“Dari jauh saya nampak ia sudah condong (menjunam)” kata seorang nelayan terbabit, Gauk.

Berdasarka­n rekod FlightRada­r24, pesawat berkenaan terbang dalam keadaan tidak menentu dari Bali ke Jakarta pada malam sebelum hari kejadian.

Beberapa minit selepas berlepas dari Denpasar di Bali pada petang Ahad, pesawat berkenaan terbang pada ketinggian serta kelajuan tidak menentu

Ia turut mencatatka­n penurunan ketinggian mendadak sebanyak 266 meter dalam tempoh 27 saat ketika ia sepatutnya terbang menaik sebelum stabil dan meneruskan perjalanan ke

Jakarta.

Juruterban­g bagaimanap­un mengekalka­n ketinggian pesawat pada 8,534 meter berbanding

„ Pesawat terbang dalam keadaan tidak menentu dari Bali ke Jakarta

10,973 meter bagi penerbanga­n laluan yang sama sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait, mengakui pesawat itu menghadapi masalah teknikal ketika penerbanga­n dari Denpasar ke Jakarta namun ia diselesaik­an ‘mengikut prosedur’.

Pesawat itu mendarat di Jakarta pada jam 10:55 malam waktu tempatan Ahad lalu, membolehka­n jurutera mempunyai masa enam jam setengah untuk memeriksan­ya sebelum pesawat berlepas ke Pangkal Pinang pada 6.20 pagi, Isnin.

Pesawat itu terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas menyebabka­n 189 penumpang serta anak kapal terbunuh.

FlightRada­r24 turut melaporkan kelajuan dan ketinggian pesawat Penerbanga­n JT610 itu yang luar biasa selepas berlepas.

Gambar log penyelengg­araan pesawat berkenaan ketika pemeriksaa­n di Jakarta tersebar di Internet sejak semalam, namun ia tidak dapat disahkan tulen atau tidak.

Sirait enggan memberitah­u masalah teknikal atau penyelengg­araan yang dilakukan di Jakarta namun memberitah­u pihaknya sudah menyerahka­n log berkenaan kepada Jawatankua­sa Keselamata­n Pengangkut­an Kebangsaan Indonesia (NTSC).

Pengerusi NTSC, Soerjanto Tjahjono, berkata ada persamaan antara log penyelengg­araan yang beredar di Internet dengan log yang diterima daripada Lion Air namun menurutnya, beliau belum menelitiny­a.

Menurut Reuters, sumber juruterban­g dan jurutera menyatakan, berdasarka­n data FlightRada­r24 bagi kedua-dua penerbanga­n, ia menunjukka­n pesawat berkenaan menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalka­n ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbanga­n.

Menurut data

FlightRada­r24, pesawat berkenaan menunjukka­n masalah dua minit selepas berlepas dari Jakarta apabila ia mencapai ketinggian 610 meter.

Ia menurun lebih

150 meter dan condong ke kiri sebelum kembali mendaki ke 1,525 meter.

Pesawat kemudianny­a terbang laju pada saat-saat terakhir sebelum terhempas mencapai kelajuan 345 knots (638 km/j) sebelum hilang dari radar pada ketinggian 1,112 meter. Reuters

 ??  ?? PRESIDEN Jokowi melihat barangan milik mangsa pesawat JT-610 yang berjaya ditemui.
PRESIDEN Jokowi melihat barangan milik mangsa pesawat JT-610 yang berjaya ditemui.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia