Harian Metro

Jasa Raharja jamin pampasan

-

Jakarta: Syarikat insurans milik kerajaan, Jasa Raharja memberi jaminan, semua penumpang yang menaiki pesawat malang Lion Air JT610 atau waris terdekat akan diberi pampasan mengikut undang-undang sedia ada dan peraturan Kementeria­n Kewangan 2017.

“Jasa Raharja bersedia memberi pampasan sebanyak Rp 50 juta (RM13,733.94) untuk mangsa yang maut manakala Rp 25 juta (RM6,866.97) untuk menampung kos hospital mangsa yang cedera,” kata pengarah syarikat, Budi Rahardjo dalam satu kenyataan dipetik laman web Jakarta Post kelmarin.

Sementara itu, Timbalan operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional

(Basarnas), Nugroho Budi Wiryanto berkata, pihaknya mengerah 150 kakitangan termasuk pasukan 30 penyelam, sementara Tentera Indonesia (TNI) dan Polis Nasional juga menghantar 150 anggota.

Pasukan SAR 300 anggota itu juga dibantu nelayan, katanya dan ia akan menambah jumlah kakitangan bagi meningkatk­an operasi.

Pesawat malang itu membawa 189 orang terdiri daripada 178 dewasa, tiga kanak-kanak, dua juruterban­g dan enam kru.

Antara penumpang adalah puluhan kakitangan Kementeria­n Kewangan, Agensi Audit Tertinggi (BPK) serta Kementeria­n Tenaga dan Alam Sekitar.

“Kami berharap keajaiban daripada Tuhan. Basarnas menghantar sumber penuh dari segi peralatan untuk operasi SAR. Kami masih belum menemui kotak hitam, justeru penemuan kami belum bererti,” katanya.

Pengawal trafik udara (ATC) Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-Hatta terputus hubungan dengan JT610 jam 6.33 pagi semalam, kira-kira 13 minit sejurus berlepas. Pihak berkuasa kemudian mengumumka­n pesawat terhempas 12.96 kilometer di utara pantai Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat. -Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia