Harian Metro

Dukung ke kelas

-

„ Sokongan rakan pembakar semangat siswa OKU

“Saya tetap tabah walaupun terpaksa merangkak ke kelas untuk menimba ilmu,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan Matematik, Amin Shafiq Mohd Zuki selepas menerima skrol pada Istiadat Konvokesye­n ke-89 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, semalam.

Amin Shafiq, 24, yang menghidap penyakit saraf kaki hingga paras pinggang sejak lahir hanya menggunaka­n kerusi roda termasuk ketika di sekolah rendah, menengah dan universiti bagi memudahkan pergerakan­nya.

Katanya, walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU), namun ia bukan halangan untuk meneruskan pengajian bermula ketika peringkat diploma dan ijazah.

Katanya, terpaksa diangkat rakan untuk ke kelas, termasuk ke tingkat dua dan tiga bangunan universiti adalah pengalaman tidak akan dilupakan.

“Saya gembira atas sokongan dan kerjasama rakan yang sanggup mendukung dan mengangkat saya beramai-ramai semata-mata untuk saya hadir ke kelas dan pengalaman itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Ia adalah kenangan dan azimat berharga buat diri saya untuk sentiasa menghargai semua orang, selain keazaman ingin membantu orang lain mengikut kemampuan saya selepas memiliki pekerjaan kelak,” kata graduan UiTM Jasin itu ketika ditemui.

Anak sulung daripada lapan beradik itu juga menganggap status OKU bukan halangan untuk mengikuti pengajian ke peringkat lebih tinggi dan paling penting adalah kemahuan serta keazaman.

“Justeru, saya menjadikan­nya sebagai cabaran untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan, tambahan pula insan sekeliling terutama keluarga dan adik-beradik amat prihatin dan memberi galakan tidak berbelah bagi.

“Selepas ini, saya berazam membuka perniagaan sendiri sesuai dengan bidang dan kelulusan, sekali gus membantu ibu bapa yang banyak berjasa,” katanya berasal dari Kampung Cherang Hangus, Bachok, Kelantan.

Katanya, dengan keadaan bapanya yang juga penjual burger semakin tidak sihat, selain ibu tidak bekerja mendorong dirinya berazam membanting tenaga untuk memastikan kehidupan keluarga mereka memperoleh kesenangan.

Amin Shafiq antara 2,384 graduan menerima diploma dan ijazah sempena majlis konvokesye­n itu yang berlangsun­g di Dewan Taming Sari UiTM Kampus Alor Gajah.

Sementara itu, ibunya, Siti Maryam Harun, 45, berkata, dia amat berbangga dengan pencapaian Amin Shafiq, sekali gus menjadi contoh kepada adiknya.

 ??  ?? AMIN Shafiq bersama ibu bapanya melihat skrol yang diterimany­a.
AMIN Shafiq bersama ibu bapanya melihat skrol yang diterimany­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia