Harian Metro

Balas pengorbana­n ibu dengan segulung ijazah

-

Kota Samarahan: Kekurangan diri kerana dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak pernah menjadi kekangan kepada Cindy Yeo Siaw Hui, 29, untuk menggapai impian menggengga­m segulung ijazah.

Graduan Ijazah Sarjana Sains (Kewangan) Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) antara 4,103 graduan yang menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesye­n yang berlangsun­g di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR) UNIMAS, semalam.

Siaw Hui ketika ditemui berkata, kecacatan fizikal pada kaki sejak lahir menyebabka­nnya terpaksa bergerak menggunaka­n kerusi roda, sekali gus membataska­n pergerakan­nya.

“Bayangkan, betapa sukarnya untuk berjaya seperti insan lain sepanjang menimba ilmu selama empat tahun di sini. Namun, dengan bantuan keluarga, pensyarah dan rakan sekuliah, saya bersemanga­t untuk mencapai cita-cita ini,” katanya yang ditemani bapa, Yeo Kit Leong, 67, dan ibu, Lee Jin Mui, 66.

Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Kuching berkata, untuk berjaya, seseorang itu perlu sentiasa berfikiran positif dan tidak kenal erti putus asa.

“Kejayaan ini saya abadikan kepada keluarga, pensyarah dan rakan-rakan khasnya ibu bapa yang banyak berkorban demi mahu melihat saya berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Siaw Hui berkata, bagi memastikan­nya dapat menghadiri kuliah pada awal kemasukan di universiti, anggota keluarga bergilir-gilir menghantar­nya.

“Selepas itu saya mengambil lesen kereta kerana ingin berdikari, tetapi disebabkan saya OKU, pemanduan memerlukan penggunaan kawalan tangan

“Keadaan ini menyebabka­n ibu tidak sedap hati membiarkan saya memandu seorang diri dan setiap kali menghadiri kuliah dia akan ikut sama,” katanya.

Katanya, jika kuliahnya diadakan sehingga petang, ibunya tetap setia menemaniny­a.

“Ini pengorbana­n besar yang ibu lakukan semata-mata mahu melihat saya berjaya seperti insan lain,” katanya.

 ??  ?? CINDY berkongsi kejayaan bersama ibu bapanya pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di dewan DeTAR UNIMAS, semalam.
CINDY berkongsi kejayaan bersama ibu bapanya pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-22 di dewan DeTAR UNIMAS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia