Harian Metro

Universiti perintis tawar program khusus imam

-

Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi universiti pertama di negara ini menawarkan Diploma Eksekutif Imam Profesiona­l (DPI) bagi melahirkan imam lebih berketramp­ilan.

Program berkenaan dibangunka­n dan ditawarkan oleh Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) UTHM bersama Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) UTHM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Ia melakukan pengambila­n pertamanya pada awal bulan ini.

Pemangku Pengarah IASWJ Prof Datuk Dr Abdul Razak Omar berkata, UTHM adalah universiti pertama yang menawarkan program ini khusus untuk imam yang dilantik oleh JAINJ di semua masjid di Johor bertujuan menaik taraf jawatan imam masjid selaras dengan pembanguna­n Islamiah negara.

Katanya, ia juga bagi melahirkan bakal imam profesiona­l yang dapat mengaplika­si pengetahua­n teori dan praktikal dalam menyelesai­kan masalah ilmu agama.

“Menerusi program ini, penuntut dapat mengamalka­n ilmu secara profesiona­l, bere- tika dan insani dalam menangani permasalah­an ilmu agama selain dapat berinterak­si secara profesiona­l dengan komuniti, sekali gus dapat melaksanak­an tanggungja­wab kepimpinan dalam sesebuah organisasi yang diamanahka­n.

“Projek komuniti yang diwajibkan ke atas penuntut pula akan melatih mereka berkomunik­asi dengan pelbagai pihak secara berkesan melalui penganjura­n program luar kuliah selain membentuk keupayaan menjalanka­n aktiviti secara sistematik.

“Selepas tamat program ini, penuntut berkelayak­an dapat menjalanka­n tugas sebagai imam kariah sepenuh masa, guru takmir, guru al-Quran dan melaksanak­an tugasan fardu kifayah diperlukan masyarakat setempat,” katanya.

 ??  ?? DR Abdul Razak
DR Abdul Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia