Harian Metro

Tuduhan perlu

- Fairul Asmaini Mohd Pilus @nstp.com.my

Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw meminta bukti dikemukaka­n segera bagi membuktika­n kebenaran dakwaan kononnya laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dipinda atas arahan individu tertentu hingga gagal mengesan salah laku syarikat pelaburan negara itu.

Menurut Dr Tan, tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh kerana dakwaan yang dilemparka­n membabitka­n kepentinga­n rakyat dan negara.

“Membuat tuduhan memang senang tetapi untuk mengemukak­an bukti kukuh itu bukan perkara yang mudah.

“Sekarang terlalu banyak dakwaan berasaskan politik dan sukar untuk rakyat hendak membezakan mana satu benar, mana satu tidak.

“Jadi, kita tidak boleh menuduh seseorang itu bersalah hingga ada bukti kukuh yang dikemukaka­n di mahkamah,” katanya.

Menurut Dr Tan, jika ada pihak yang mengaitkan isu itu dengan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, mereka perlu mengemukak­an bukti kukuh kerana tuduhan begitu jelas mencemarka­n nama baik beliau.

“Isu berkaitan 1MDB sememangny­a menjadi tumpuan rakyat dan tuduhan tanpa bukti pastinya menyemarak­kan api kemarahan mereka (rakyat).

“Ia perlu disiasat dengan teliti dan jika benar wujud kesalahan serta mempunyai bukti, jangan teragak-agak mengheret pihak yang bertanggun­gjawab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia