Harian Metro

Godam bilik rahsia

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Guna bilik rahsia di belakang dinding untuk kegiatan menggodam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta memalsukan kuota pekerja asing dengan berselindu­ng di sebalik perniagaan agensi pelanconga­n.

Malah, sindiket itu dipercayai mengaut keuntungan puluhan juta ringgit dalam tempoh hampir lapan tahun mereka menjalanka­n kegiatan itu.

Bagaimanap­un, kegiatan sindiket dianggotai lapan lelaki warga India dan seorang lelaki tempatan itu terbongkar selepas ditahan dalam operasi JIM di Jalan Masjid India, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 7.30 malam, semua suspek berusia antara 23 hingga 73 tahun ditahan di pejabat sindiket terbabit yang juga sebuah

„ Sindiket berselindu­ng di sebalik agensi pelanconga­n

syarikat agensi pelanconga­n. Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa susulan risikan hampir tiga bulan terhadap premis berkenaan.

“Ketika serbuan, suspek tidak memberikan kerjasama dan cuba memperdaya pegawai imigresen dengan memaklumka­n tidak wujud aktiviti salah guna sistem JIM di premis berkenaan.

“Selepas pemeriksaa­n dilakukan dengan teliti hampir setengah jam, pegawai imigresen menemui satu bilik rahsia di sebalik dinding premis itu,” katanya pada sidang media di Pejabat JIM Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mustafar berkata, hasil pemeriksaa­n terhadap bilik rahsia itu, pihaknya menemui pasport, peti besi serta komputer yang dipercayai digunakan dalam kegiatan terbabit.

“Kami turut merampas 1,731 pasport milik individu dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Pakistan dan Myanmar.

“Selain itu, wang tunai hampir RM100,000 serta lapan komputer turut dirampas,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai menjalanka­n aktiviti salah guna sistem JIM (MyIMMS) yang terbabit dengan aktiviti kuota palsu pekerja asing sejak hampir lapan tahun lalu dan sudah mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

 ?? FOTO: ?? MUSTAFAR (tengah) menunjukka­n hasil rampasan pada sidang media susulan dalang godam sistem MYIMMS ditumpas.
FOTO: MUSTAFAR (tengah) menunjukka­n hasil rampasan pada sidang media susulan dalang godam sistem MYIMMS ditumpas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia