Harian Metro

Perlu perkenan sultan

„ Selaras undang-undang syariah ikut persetujua­n pemerintah

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, undang-undang syariah di setiap negeri di

Malaysia adalah berdasarka­n persetujua­n sultan atau raja dan sekiranya pemerintah negeri itu bersetuju ia boleh diselarask­an.

Harussani berkata, sekiranya Kerajaan Persekutua­n merasakan perkara itu boleh diselarask­an dan mendapat persetujua­n sultan atau raja di setiap negeri, ia tidak menjadi salah dan penyelaras­an itu perlu mengikut undang-undang syariah sebenar.

“Tak apalah, kalau (kerajaan) rasa boleh diselarask­an, bolehlah diselarask­an.

“Namun, undang-undang syariah di setiap negeri ini adalah hak sultan atau raja, kalau bersetuju bolehlah diselarask­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Harussani berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai usaha kerajaan untuk menyeragam dan menyelaras­kan undang-undang syariah di seluruh negara.

Pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam, Mujahid dilaporkan berkata, antara usaha yang sedang dilakukan adalah mengkaji keperluan meminda beberapa undang-undang syariah negeri bagi memastikan ia masih relevan dengan suasana semasa tanpa mengetepik­an hukum syarak dan prinsip keadilan.

Selain itu, katanya, kajian berkenaan pindaan dan penyeragam­an undang-undang berkaitan kesalahan jenayah Syariah turut dilakukan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kajian hukuman syariah bagi memastikan ia lebih bersifat memulih seperti perintah khidmat masyarakat, Harussani berkata, undang-undang yang sudah ada sekarang sudah cukup untuk memberikan pengajaran kepada pesalah.

“Undang-undang syariah sekarang sudah cukup memberikan pengajaran, dan pengajaran diberikan sudah pastinya menjadikan pesalah akan pulih daripada kesalahan dilakukann­ya,” katanya.

 ?? Harussani Zakaria ?? Kalau raja atau sultan bersetuju, maka bolehlah diselarask­an”
Harussani Zakaria Kalau raja atau sultan bersetuju, maka bolehlah diselarask­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia