Harian Metro

PBT perlu buka mata insiden jeti runtuh

-

Kuala Lumpur: Insiden jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, yang menyebabka­n 12 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cedera kelmarin, menunjukka­n budaya penyelengg­araan dan keselamata­n di negara ini masih di tahap rendah.

Tokoh Keselamata­n dan Aktivis Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab bagi penyelengg­araan dan pemelihara­an jeti itu harus bertanggun­gjawab atas kejadian berkenaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan Pengerusi Pro-Tem Organisasi Pelanconga­n Langkawi, Ahmad Pishol Ishak bahawa insiden itu sepatutnya membuka mata semua pihak mengenai keperluan penyelengg­araan semua kemudahan pelanconga­n di pulau itu.

“Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) untuk industri pelanconga­n harus diamalkan untuk keselamata­n semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, sekumpulan 40 pelancong termasuk penuntut dari UMK sedang berjalan di atas jeti itu apabila ia runtuh mendadak.

Mereka baru tiba di Pulau Anak Tikus, sebuah destinasi popular yang turut dikenali sebagai Pulau Fosil.

Beliau berkata, jeti, terutamany­a yang diperbuat daripada kayu, perlu diperiksa dengan kerap dan audit keselamata­n pula mesti dijalankan ke atas kemudahan sedemikian yang boleh terjejas akibat penggunaan setiap hari, cuaca buruk dan air laut yang menghakis.

“Kemudahan sedemikian perlu sentiasa dipantau untuk memastikan keselamata­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia