Harian Metro

Pegawai PTD perlu berani ke hadapan

-

Putrajaya: Anggota perkhidmat­an awam termasuk pegawai Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik (PTD) perlu berani tampil ke hadapan dan memberikan nasihat yang betul apabila berlaku suatu perkara membabitka­n konflik kepentinga­n.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menegaskan keupayaan itu penting bagi memastikan tugasan boleh dijalankan dengan amanah kerana budaya kerja berdisplin tinggi adalah penting dalam meningkatk­an keyakinan diri dalam menghadapi cabaran.

“Kalau perkara itu betul, katakan ‘ya’ dan kalau perkara itu salah, kita perlu berani membetulka­nnya. Pastinya kita semua sebagai anggota perkhidmat­an awam memikul satu tanggungja­wab besar dalam memastikan segala urusan kerajaan adalah berpanduka­n lunas undang-undang.

“Dalam apa juga tugas yang dilaksanak­an, adalah penting anda melaksanak­annya dengan penuh taat, beramanah dan berintegri­ti serta jangan sesekali mengutamak­an kepentinga­n diri sendiri atau pihak tertentu.

“Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpanduka­n peraturan yang sudah digubal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Seramai 395 graduan dianugerah­kan DPA INTAN pada istiadat berkenaan. Program DPA INTAN adalah kursus mandatori yang dilaksanak­an sejak 1977 bagi melahirkan pegawai PTD yang memiliki komitmen, pengetahua­n, kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang pengurusan awam.

Beliau berkata, kepelbagai­an dan kompleksit­i bidang tugas PTD menjadikan PTD sebagai tulang belakang jentera pentadbira­n kerajaan yang berfungsi bukan sahaja sebagai ‘think-tank’, malah penasihat kepada kerajaan.

“PTD adalah pemikir, perancang dan pelaksana yang terbabit secara langsung dalam pembanguna­n negara, oleh itu peranan ini perlu diteruskan agar skim PTD terus kekal relevan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor perkhidmat­an awam yang cemerlang akan mendokong pembanguna­n semula Malaysia, sekali gus kembali menjadikan­nya sebagai ‘Harimau Asia’.

 ??  ?? DR Ismail menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik) kepada Zulfadli Zakaria pada majlis Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Diploma Awam, semalam.
DR Ismail menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik) kepada Zulfadli Zakaria pada majlis Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Diploma Awam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia