Harian Metro

Potensi sektor perikanan

-

„ LKIM bersama MOA rangka pelan tingkat sosio-ekonomi nelayan

“LKIM menyediaka­n pasar nelayan bagi memudahkan nelayan atau ahli keluarga mereka menjual terus hasil tangkapan bagi membantu mereka mendapat pulangan harga yang lebih baik.

“LKIM juga menggalakk­an nelayan melalui persatuan untuk menceburi bidang akuakultur bagi meluaskan skop pendapatan mereka.

“Sehingga kini ada

103 Persatuan Nelayan di seluruh negara dengan 89 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), 13 Persatuan Nelayan Negeri (PNN) dan satu Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT),” katanya.

LKIM juga menyasarka­n persatuan nelayan untuk menguasai pasaran ikan negara dengan peningkata­n lima peratus pada masa depan.

Bagi memantapka­n dan mencapai aspirasi kerajaan menerusi sektor perikanan, tenaga ‘orang muda’ amat diperlukan dan menerusi Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Lumut, Perak matlamat kerajaan mentransfo­rmasi sektor itu berjaya digapai.

Jamaludin berkata, penubuhan kolej itu diharap dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan menjadi penggerak utama dalam transforma­si sektor perikanan.

Sempena ulang tahun ke-47 LKIM esok, Program FIT LKIM diadakan untuk menggalakk­an gaya hidup sihat dalam kalangan warga LKIM.

Program berlangsun­g di Pekarangan Dewan

Besar LKIM di Puchong, Selangor itu turut dimeriahka­n dengan konvoi motorsikal LKIM MAHA Bikers 2018 sempena Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) 2018 yang bermula pada 22 November depan.

Seramai 60 penunggang menyertai program itu menuju ke hentian Tapah untuk mengadakan promosi MAHA 2018 sebaik pelepasan LKIM MAHA Bikers 2018 disempurna­kan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Pada MAHA tahun ini, LKIM membawakan tema

(MySE) di Dewan A, MAEPS Serdang.

“LKIM turut membawa House of Mollusc (HoM) yang mempamerka­n kepelbagai­an bentuk kerang yang ditemui dalam negara ini selain beberapa spesies udang berwarna-warni,” katanya.

 ??  ?? JAMALUDIN (tiga dari kiri), Salahuddin (empat dari kiri) dan Ketua Setiausaha Kementeria­n MOA, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan merasmikan Majlis 50 Hari Menjelang MAHA 2018 di Wisma Tani, Putrajaya.
JAMALUDIN (tiga dari kiri), Salahuddin (empat dari kiri) dan Ketua Setiausaha Kementeria­n MOA, Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan merasmikan Majlis 50 Hari Menjelang MAHA 2018 di Wisma Tani, Putrajaya.
 ??  ?? JAMALUDIN dan Salahuddin (tengah) meninjau pemendapan pasir di Pelabuhan LKIM Chendering, Terengganu.
JAMALUDIN dan Salahuddin (tengah) meninjau pemendapan pasir di Pelabuhan LKIM Chendering, Terengganu.
 ??  ?? TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin meninjau aktiviti penggredan ikan di Pelabuhan LKIM Tok Bali, Kelantan.
TIMBALAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin meninjau aktiviti penggredan ikan di Pelabuhan LKIM Tok Bali, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia